Mahkamah tolak permohonan tambah panel hakim
- Penyokong-penyokong tidak dibenarkan melintasi tali kuning di Istana Kehakiman Putrajaya untuk rayuan penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
PUTRAJAYA - Gereja Katolik hari ini gagal dalam usahanya untuk menambah
anggota panel lima hakim bagi mendengar rayuan terakhirnya mengikut
saluran undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bahagian
Bahasa Malaysia majalah mingguannya The Herald.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, yang mempengerusikan panel hakim Mahkamah Persekutuan, sebulat suara menolak permohonan gereja itu untuk mempunyai lebih banyak anggota panel hakim.
Empat lagi hakim yang bersidang ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.
"Permohonan anda adalah untuk menyemak semula penghakiman majoriti empat hakim, hari ini kami mempunyai lima hakim, jadi secara praktikalnya mempunyai anggota lebih banyak," kata Hakim Abdull Hamid.
Beliau berkata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria semalam telah menolak permohonan gereja untuk menambah anggota kuorum dan, dengan itu, panel hari ini tidak boleh membuat keputusan yang tidak selari dengan keputusan dibuat ketuanya (Arifin) yang telah diberi kuasa membentuk panel untuk mendengar sesuatu kes.
Gereja memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah.
Jun lepas, panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Arifin, dalam penghakiman majoriti, menolak permohonan gereja bagi kebenaran untuk merayu.
Hari ini, Mahkamah Persekutuan, selepas menolak permohonan gereja itu untuk menambah anggota panel, meneruskan prosiding dengan mendengar hujahan Datuk Dr Cyrus Das, peguam utama gereja itu, berhubung permohonan semakan itu.
Pada awal prosiding, mahkamah mendengar hujahan dikemukakan oleh Das berhubung pertambahan anggota panel. Das berhujah bahawa jumlah anggota panel hari ini sepatutnya lebih banyak daripada panel sebelum ini yang dianggotai tujuh hakim.
Beliau berkata adalah tidak sesuai bagi panel dianggotai jumlah anggota yang lebih kecil untuk menyemak keputusan panel sebelum ini yang jumlah anggotanya lebih banyak daripada kuorum sekarang. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment