• Najib Tun Razak Najib Tun Razak
1 / 1
SHAH ALAM- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mendoakan agar Bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang gering sekarang agar cepat sembuh.

Katanya, beliau berharap agar ALLAH sentiasa mengurniakan kesihatan yang terbaik untuk Nik Aziz.

“Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh ALLAH SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh ALLAH SWT,” tulisnya dilaman Facebooknya hari ini.

Keadaan, Nik Aziz kini dilaporkan semakin stabil, namun, beliau akan tetap menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) buat sementara waktu.

Sementara itu, menurut anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, beliau berpuas hati dengan rawatan yang diterima bapanya di sini.

"Saya bersyukur dengan keadaan ayahanda sekarang, alhamdulillah, lebih baik dari semalam,"katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut dilaporkan mendirikan solat subuh secara duduk dan minum air seperti biasa.