Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CENGKADAK,CENGKADAK JERIT-JERIT KENA TANGKAP, BOS YANG ANJUR TERLEPAS, BAIK PUNYA PROGRAM !

Wakil Rakyat Digalakkan Untuk Turun Demo Tapi Tak Diwajibkan Kata Setiausaha Penganjur DAP.



First episode kat sini.

Ini apa punya jawapan neh? Macam sial. Kau ingat rakyat Malaysia neh kuda belaan kau semua ke apa?

Baca sat ;

"Ini tidak boleh diterima. Pemimpin anda di penjara dan anda mahu agih ang pow," kata satu posting di sebuah laman Facebook dalam bahasa Cina yang menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya mengingati matlamat asal perjuangan mereka.
 
Laman yang baru dibuat itu mendakwa wakil rakyat PKR tertentu menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu ini ketika perhimpunan besar-besaran dirancang di Kuala Lumpur untuk menuntut pembebasan pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas sabitan tuduhan liwat.
 
Juga dipaparkan di laman Facebook itu adalah risalah yang menyatakan bahawa wakil DAP Johor akan menghadiri satu majlis pada hari Ahad.
 
"Tak pasti sama ada wakil rakyat Johor akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sama ada mereka mengharapkan ia berakhir dalam tempoh yang singkat seperti SOP (prosedur operasi standard) dan supaya mereka boleh menjadualkan majlis pada hari berikutnya," kata posting yang lain.
 

SOP itu dipercayai amalan yang sering menjadi bahan sindiran, iaitu "menghadiri perhimpunan, ambil gambar, memuat naiknya di Facebook dan pulang".
 
Penganjur protes itu, sebuah gabungan yang menggelar diri mereka sebagai Kita Lawan, merancang untuk mengadakannya di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur dari pukul 4 petang Sabtu ini hingga tengah malam.
 
Selain daripada menuntut kebebasan ketua pembangkang itu, protes itu juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
 
Kita Lawan menggesa semua wakil rakyat Pakatan menghadiri protes itu.
 
Bagaimanapun, semalam polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram dan mereka yang mengambil bahagian boleh menghadapi kemungkinan ditangkap.
 
Oleh itu persoalannya ialah ketika pihak penganjur menyeru orang ramai menyertai protes itu, adakah mereka seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil risiko itu.
 
Protes yang diadakan semasa era Reformasi pada lewat tahun 90-an adalah berbeza. Pertaruhan kali ini adalah lebih tinggi.
 
Wakil rakyat mungkin secara automatik hilang kerusi mereka sekiranya mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram dan didapati bersalah. Undang-undang melarang mereka yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, daripada menjadi wakil rakyat.
 
Mengulas isu ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke (kiri) berkata walaupun ahli Parlimen dan ADUN parti itu digalakkan menghadiri protes itu, tetapi ia tidak diwajibkan.
 
"Kita perlu tunggu sehingga hari Sabtu. Barulah kita boleh tahu jumlah orang yang akan hadir. Oleh itu tidak sesuai bagi kami untuk membuat apa-apa andaian sekarang, "katanya kepada Malaysiakini.
 
Loke sendiri tidak akan menghadiri protes itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu dikendalikan.
 
Kerajaan Pulau Pinang akan mengagihkan RM100 kepada warga emas hujung minggu ini – sumbangan wang tunai tahunan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas - dan biasanya wakil rakyat akan berada di cawangan-cawangan Maybank untuk membantu memudahkan pengagihannya. -Mkini.

-------------------------------

Minta maaf #kitalawan. Aku jadikan korang sebagai subject case. Tapi aku betul2 dah geram dengan perangai wakil rakyat PR. Bagi aku dorang perlu diajar. Supaya kembali ke matlamat asal seperti yang dicanang-canangkan suatu ketika dahulu.

Dalam berita di atas, katanya. Anthony Loke ialah setiausaha penganjur DAP. Aku tak pasti apa maksud jawatan ini. Jika maksudnya antara yang terlibat sebagai penganjur demo, pasai apa dia tak hadir selaku penganjur? 

Dia kata lagi. Pemimpin digalakkan untuk hadir tetapi tak diwajibkan. Maksudnya jika pemimpin nak hadir maka sila.. sila. Tapi tak bermaksud pula pemimpin mesti hadir. 

Demo 7 March adalah demo desak Najib letak jawatan.
Jika pimpinan tak hadir maksudnya korang bukan la nak desak Najib letak jawatan pun kan?

Dan hanya bergantung harap pada peranan rakyat terjerit2, selfie sana selfie sini, bergambar sana bergambar sini lepas tue Najib akan letak jawatan ke macam mana?

Atau memang sengaja pimpinan taknak hadir disebabkan ia tak mampu mendesak Najib untuk berundur ke macam mana?

Kenapa masing2 pakat ada aktiviti pada hari berkenaan?
Supaya boleh bagi alasan konkrit jika dipersoalkan tidak hadir ke macam mana?

Atau jika hadir dan polis plak dakwa risiko hilang jawatan dan kedudukan. Itu yang malas nak participate. Better playsafe. Sebab kita ada perkara yang perlu dijaga. Biar rakyat je berkorban segala. Hilang kerja hilang pangkat hilang juga pendidikan. Rakyat hilang segala2 pun takpe la ke macam mana?

Cuba cakap. Apa sebab rakyat perlu turun pada demo yang parti anjur di saat pimpinan parti sendiri tak turun demo?

Bukan satu dua. Tapi SEMUA PIMPINAN PARTI perlu turun beramai-ramai in order untuk menguatkuasakan pegangan kau semua.

Dari apa yang aku faham. Rakyat tak minat nak jatuhkan Najib cara demo. Rakyat lagi minat goyang kaki tambah cili tambah garam tambah ajinamoto ketika team Mahathir bergabung dengan team Muhyiddin serang Najib secara bergilir-gilir. Jalan senang ada. Pasai apa ikut jalan susah?

OOOoo.. playsafe? Rakyat boleh dikudakan? Parti nak Najib jatuh. Tapi kerah rakyat demo. Parti nak itu ini? Takpe kerah rakyat berdemo. Parti nak apa-apa pun takpe. Kerah rakyat berdemo sudah. Sentiasa ada rakyat yang benak otaknya berdemo dalam beberapa jam bagi memuaskan kehendak parti dalam mendapatkan matlamat mereka? Begitu kah?

Tapi sayangnya. Rakyat juga ada otak. Ada fikiran. Hanya kerana parti mahu bukan bermaksud rakyat perlu buta-buta sokong dan setuju.

Demo 7 March? Minta maaf. Aku main dengan kucing aku lagi bagus. Kucing baru. Nama dia emon gemuk bana. Sambil2 baca facebook tengok PAS bergaduh sesama sendiri. Lagi ada faedah kot.

KAH KAH KAH

1 orang berkata:

Anonymous said...

Biar penyokong pkr & dap sudah la...pas kena tunjuk cara islam kalau nak protes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.