Che Ibrahim nafi tanding Dun Chempaka
KOTA BHARU - Naib Pengerusi Pasma Kelantan, Che Ibrahim Mohamed
menyifatkan tindakan menyebarkan poster di laman sosial mendakwa beliau
akan bertanding pada PRK Chempaka, 22 Mac ini sebagai agenda terancang
pihak tertentu untuk memfitnah Pasma.
Menurutnya, sekalipun atas kapasiti bebas, Pasma tidak pernah berhasrat
untuk bertanding, apatah lagi menentang Pas kerana matlamat penubuhan
badan bukan kerajaan (NGO) itu, untuk memperkukuhkan hubungan antara
parti komponen PR, bukannya berlawan sesama sendiri.
“Pasma adalah sebuah NGO, bukan parti politik yang melayakkan kami untuk bertanding, malah kami juga tidak pernah bincang dan berhasrat untuk menentang Pas.
“Tujuan penubuhan Pasma bukan untuk menentang Pas, sebaliknya menjadi perantara dalam mengukuhkan semula hubungan antara Pas dan parti komponen PR,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Che Ibrahim turut menolak dakwaan mengaitkan dirinya sebagai calon, sebagaimana khabar angin yang tersebar dan menyifatkan ia agenda terancang pihak tertentu.
Mengulas lanjut, Che Ibrahim berkata, Pasma tidak pernah bermusuh dengan Pas, malah parti itu sendiri sehingga kini belum membuat sebarang keputusan tentang pertubuhan itu.
“Dalam PR ada pemimpin anti PR, dan kumpulan ini yang menjadikan Pasma musuh mereka, sedangkan kami tidak bermusuh dengan sesiapa,” katanya.
Khabar angin mengaitkan Pasma dan PRK Chempaka tersebar apabila mendedahkan Che Ibrahim sebagai calon yang akan mewakili NGO berkenaan.

2 orang berkata:
pasma ni bukan parti...kalau bertanding dia tak bunyi pasma...dia bunyi pas jugak...
kecuali semua penyokong pasma dipecat oleh pas...
kalau pemimpin pas takut dengan pasma..ini bermakna mereka takut dengan bayang2 sendiri....
apa punya takut daaaaaaa..
kah kah kah
Penyokong pas x pernah takut pun dgn pasma malah meluat ada....dipersilakan keluar dari pas kalau dah rasa diri hebat.
Post a Comment