Orang kata saya kurang 'pukul' Umno
ADA yang menghujah saya, Nik Abduh ni kurang memukul
Umno dan BN. Asyik pula menyinggung kemelut parti sendiri. Kuliahnya pun
berlapik-lapik, tak luka pun Umno dan BN. Nampak sangat Nik Abduh ni
UG. Tidak seperti ayahandanya tok guru, Allahyarham Nik Abdul Aziz.
Saya jawab (ni pun berlapik-lapik juga ni), saya mengenal ayahanda saya mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN. Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu.
Bahkan semasa saya balik belajar luar negeri dulu, saya menerima pesanan khas dan acap daripada ayahanda,
"Berkuliah tu, jangan asyik dok pukul umno, dok cakap politik saja. Beri ilmu agama kepada masyarakat hatta masa ceramah politik pun (apatah dalam kuliah agama). Jangan dok ikut orang lain. Kita ada ilmu, kita bagi ilmu. Orang tak ada ilmu, dia tak boleh memberi apa yang orang berilmu boleh beri."
Beliau menambah, "Bila masyarakat berilmu, senanglah mereka faham mengapa kita lawan Umno. Sekali cakap pun orang faham selalu. Lawan Umno ni, bubuh ilmu banyak-banyak, lama-lama lenyaplah Umno."
Begitu lebih kurang himpunan cakap ajuk daripada ayahanda saya. Pesanan yang saya pegang sungguh-sungguh.
Kepada yang merasakan ayahanda tidak begitu, bahkan ayahandalah 'kepala halian' pukul Umno BN habis-habisan, saya fikir dan berkata (ni pun berlapik-lapik juga),
"Anda hanya mengenal ayahanda saya melalui ceramah politik dan aktiviti politiknya sahaja. Maka sisi itulah yang anda kenal ayahanda. Anda beruntung dapat ilmu politik daripadanya. Tetapi saya lebih beruntung kerana mendapat ilmu kehidupan daripadanya."
Tulisan-tulisan saya di alam maya ini adalah usaha saya menepati nasihat ayahanda. Tak perlulah saya berlapik untuk memohon maaf kepada orang-orang Umno jika tulisan-tulisan saya sebelum ini telah semakin menjauhkan mereka daripada Pas yang saya cintai sebagaimana ayahanda mencintainya. Saya tiada berhasrat demikian selain islah dan pembaikan sedaya upaya saya.
Jadi, mari berilmu dengan banyak membaca, banyak mendengar kuliah dan menghormati para ulama yang menyampaikan ilmu dan ugama. Tiada selain keuntungan.
Artikel ini dipetik daripada Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik
dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar
Harian Online.
0 orang berkata:
Post a Comment