Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK SALAHNYA PRESIDEN DI CABAR

TIDAK SALAH PRESIDEN DI CABAR, ORANG CABAR PRESIDEN SUDAH TENTULAH LEBIH BAIK DARI PRESIDEN ITU SENDIRI, JIKA TIDAK LEBIH BAIK DALAM PENGALAMAN, DAKWAH,KEILMUAN DAN DI KENALI OLEH JAMA'AH ISLAM ANTARA BANGSA SERTA KESIHATAN YANG BAIK, MAKA SAHLAH ADA BARUA YANG SURUH DIA JADI BARUA -Pak Karamu
 
Tidak mustahil Abdul Hadi dicabar
  • MOHAMED TAULAN MOHAMED TAULAN
1 / 1
ALOR SETAR - Kemungkinan jawatan Presiden Pas bakal dicabar pada pemilihan parti akan datang bergantung kepada pencalonan yang dibuat Pas kawasan, setelah menerima input daripada akar umbi.
 
Yang Dipertua Pas kawasan Pendang, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, perkara itu di luar kawalan, kerana calon-calon bagi jawatan dipertandingkan itu perlu mendapat persetujuan ahli.
 
“Pas kawasan Pendang juga belum buat keputusan siapa akan dicalonkan sebagai presiden dan timbalan presiden, termasuk semua jawatan dipertandingkan. Kita akan putuskan siapa calon layak dalam Mesyuarat Agung Pas kawasan, 18 April depan,” katanya.
 
Mengulas sama ada kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali kelmarin, bahawa beliau yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengekalkan jawatan tanpa ada pertandingan, sebagai arahan tidak rasmi kepada Pas kawasan agar mencalonkan Abdul Hadi, Mohamed Taulan menyifatkan ia sekadar pandangan peribadi Mustafa.
 
“Kenyataan itu bersifat peribadi, bukan arahan. Kenyataan itu juga tidak akan mempengaruhi Pas kawasan untuk memilih calon paling layak sebagai presiden termasuk timbalannya. Terpulang kepada ahli di kawasan untuk tentukan,” katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.