Manusia sering di ganggu oleh syaitan dari kalangan Jin dan syaitan dari kalangan manusia, ianya sebagai satu fitrah yang wajib ada dan berlaku, andainya PAS mahu kekal sebagai sebuah parti Islam yang berimejkan islam, maka Ulama dan MSU perlu menerajui parti tersebut - Pak Karamu
Pas masih perlu pimpinan ulama
GEORGETOWN - Pas perlu mengekalkan kepimpinan ulama bagi menerajui
parti itu bagi memastikan perjuangan Pas kekal berlandaskan prinsip
Islam dan al-Quran.
Yang Dipertua Pas kawasan Bayan Baru, Iszuree Ibrahim berkata, kepimpinan ulama sangat diperlukan bagi mengekalkan wadah perjuangan parti yang menjadikan Islam sebagai tunjang dan teras utama.
“Sejak penubuhan Pas lagi parti ini diterajui golongan ulama dan ia perlu diteruskan agar perjuangan Islam yang dibawa oleh parti terus digerakkan.
“Ulama perlu terus memimpin dan boleh dibantu oleh golongan profesional untuk mengukuhkan lagi parti,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, jika pimpinan Pas beralih tangan kepada bukan ulama, ia dikhuatiri menjejaskan imejnya yang kini satu-satunya parti memperjuangkan Islam di negara ini.
“Saya bimbang sekiranya bukan golongan ulama yang memimpin Pas akan lari daripada perjuangan asal.
“Saya yakin semua ahli Pas tidak mahu melihat parti ini menjadi sebuah parti sekular seperti parti lain,” katanya.
Mengulas mengenai kedudukan Presiden Pas, Iszuree berkata, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dikekalkan untuk terus memimpin parti itu.
Menurutnya, sekiranya ada pencabar sekali pun untuk merebut jawatan berkenaan biarlah individu berkenaan lebih baik daripada Abdul Hadi.
“Sesiapa sahaja boleh menawarkan diri atau mencabar kedudukan presiden, namun ia bergantung kepada perwakilan.
“Bagaimanapun jika ada yang mahu merebut jawatan itu biarlah ia susuk tubuh lebih baik dan perlu mengekalkan perjuangan Islam,” katanya.

1 orang berkata:
Kalau pas diterajui oleh golongan bukan ulamak...maka taraf pas sama ja dgn umno.
Post a Comment