Cuaca tidak menentu, prihatin aspek keselamatan
- Putrajaya hari ini disirami hujan setelah beberapa hari berada dalam keadaan cuaca panas.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihati sentiasa prihatin dan
menitikberatkan aspek keselamatan berikutan cuaca tidak menentu
kebelakangan ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat, petir, kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh.
"Pada masa ini, pihak kami bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa berada dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini berikutan cuaca tidak menentu itu," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, pihak DBKL juga mengambil inisiatif dengan mencantas dahan-dahan pokok yang berisiko tumbang di atas jalan raya.
"Saya juga ingin menasihati penduduk supaya berhati-hati dan mengelakkan diri daripada duduk di kawasan lapang atau di bawah pokok ketika berlaku ribut petir atau hujan lebat yang berisiko berlakunya panahan petir.
"Di samping itu, elakkan diri daripada membuat panggilan menggunakan telefon bimbit sewaktu hujan lebat atau kilat bagi mengelakkan radiasi," katanya.
Jabatan Meteorologi sebelum ini menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar pada waktu petang berikutan keadaan hujan dan ribut petir berserta angin kencang di negeri-negeri kawasan Pantai Barat Semenanjung.
Fenomena itu berikutan peralihan angin monsun, menyebabkan cuaca panas pada waktu pagi dan hujan lebat, angin kencang serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.
Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Che Gayah Ismail berkata, cuaca buruk kebelakangan ini merupakan situasi lazim mengikut kitaran musim peralihan monsun yang dijangka berlaku sehingga hujung Mei ini. -Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment