Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA ANAK BUGIS SERGAH ANAK KARALA.

APABILA ANAK BUGIS YANG HANYA MENAIKI PERAHU, SERGAH ANAK KARALA. YANG DATANG DENGAN TONGKANG, AKHIRNYA ANAK KARALA MENJADI KECUT, LALU MAHADHIR BERKATA " SAYA TEGUR KERANA SAYANG ! - Pak Karamu

Najib memetik pepatah keturunannya, kaum Bugis yang berbunyi, "apabila perahu dikayuh ia akan ke tengah dan tidak akan ke tepi lagi. Ertinya apabila dia sudah menjadi raja, dia sama sekali tidak merendahkan dirinya menjadi rakyat biasa. Sekali menjadi raja tengkolok kehebatan tidak akan dipecat.

Hurainya lagi, .."meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang,” katanya. Hebat Najib berfalsafah dan berani menyerlahkan komitmentnya.

Pepatah itu memberi isyarat jelas kepada orang yang sedang menggerakkan untuk menyingkirkannya. Bahawa dia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan diri dan kedudukannya. Dalam hal ini sudah tentu isterinya akan mengejapkan tali ikatan sauh kapal untuk mempertahankan kedudukan dari serangan musuh-musuhnya.


Apa yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai, apakah Najib respons atau tidak kepada desakan khasnya oleh Dr Mahathir memintanya berundur dari kerusi PM, kini terjawab. Najib menunjukkan dia bukan sembarangan. Dia bukan seorang yang mudah mengaku kalah. Perwatakannya yang lemah lembut dan politik romantik bukan gambaran kelemahan Najib dan mudah untuk menumbangnya persis menebas batang pisang. Najib berdiri atas semangat dan besi Bugisnya.


Orang Bugis yang mahir dalam dunia pelayaran serta mempunyai hati yang kental. Dapat mengalah dan menewaskan laun dan perompak hatta dari lautan Hindi sekalipun. Riwayat Raja Haji adalah contohnya. Orang Bugis mampu melayarkan kapalnya tanpa layar dan berani merempuh ombak dan taufan di malam gelap gelita. Dengan mengambil semangat itu Najib tidak berasa hairan dengan apa yang dilakukan oleh Mahathir.


LALU MAHADHIR BERKATA:
Tun M: Saya tegur kerana sayang


  • Dr Mahathir Mohamad  
  • Dr Mahathir

SHAH ALAM - "Sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan, sayangkan pemimpin, tegur-tegurkan," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya pemimpin di negara demokrasi perlu sentiasa diingatkan dan ditegur supaya tidak leka dengan kelebihan yang diperoleh.‎

Katanya lagi, penyokong tidak boleh terlalu taksub dengan pemimpin sehingga sanggup mengabaikan kesalahan yang dilakukan oleh wakil rakyat tersebut.

"Tadi semasa saya mula-mula sampai (semalam) orang bangun dan tepuk tangan. Saya harap tepukan itu bukan untuk saya yang sekarang, tetapi untuk apa yang saya buat semasa saya jadi Perdana Menteri.

"... kalau saya jadi Perdana Menteri dan terlibat dengan rasuah serta pengambilan wang, saya hidup dengan kemewahan. Jangan sokong saya. Kalau saya tidak berjaya bangunkan negara, jangan sokong saya,” katanya ketika berucap dalam Program Bersama Tun Mahathir "Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara" di Kelab Sultan Sulaiman, di Kuala Lumpur, semalam.

Jelas Dr Mahathir, teguran yang dibuat selama ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin BN, sebaliknya ia bertujuan untuk menyelamatkan parti itu dari kejatuhan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya tegur bukan untuk pecah-belahkan pemimpin dengan rakyat, tetapi ia untuk perkukuhkan parti pada PRU14 nanti. Pada kajian saya jika kita terus berada dalam keadaan seperti sekarang, kita bukan sahaja akan tawar, bahkan kita pasti akan tewas pada PRU akan datang.

“Saya tidak kira siapa, kawankah, lawankah, saya akan tetap tegur dia (pemimpin) sekiranya dia buat salah,” tegasnya Dr Mahathir sebelum disambut dengan tepukan gemuruh peserta program.

2 orang berkata:

Anonymous said...

hahaha

Anonymous said...

http://panggungopera.blogspot.com/2015/04/betui-ka-tun-m-keturunan-dari-kerala.html

Bugis dari pinggir timur datang ke Tanah Melayu cari makan dengan berkhidmat dengan mana-mana Kerajaan negeri-negeri Tanah Melayu yang ketika itu berpecah-pecah dan bertelagah ekoran kejatuhan Kesultanan Melaka. Setiap bangsa ada jatuh bangunnya seperti Kerajaan besar seperti Sriwijaya, Sailendra dan Majapahit. Setiap bangsa ada kata-kata semangat masing-masing.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.