Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUDUD TERIMA ATAS PENTAS TAPI TOLAK KAT PARLIMEN JUGA ZALIM DAN .......


Jangan cakap di atas pentas pasal HUDUD kerana mahu meraih undi, itu satu dosa, itu namanya mempolitikkan agama, jika mahu sokong ataupun tidak, ia akan di buktikan di dalam Parlimen, orang yang memperjuangkan agama tidak dapat nak elak menggunakan Parlimen untuk mendapatka sokongan, kerana dalam sebuah negara sekular ada sedikit ruang  merdeka bagi golongan agama berbuat demikian, kita hanya mahu bukti ikhlas di Parlimen nanti, di sama baru kita tahu siapa yang bersifat munafik atau tidak - Pak Karamu

 

Tuesday, May 5, 2015

Calon tolak hudud Zalim.. bagaimana pula yang dah jadi Ahli Parlimen tapi tolak perlaksanaan hudud ini Ustaz Kazim?


Kazim Elias berkata,Pengundi perlu berhati-hati dengan bakal ahli Parlimen Permatang Pauh yang menolak pelaksanaan hudud, ini kerana berdasarkan hukum Al-Quran, mereka yang menolak pelaksanaan hudud sebenarnya cenderung bersikap zalim.

"Undang-undang hudud memerlukan banyak benda termasuklah kekuatan.

"Kekuatan apa? Kekuatan perpaduan.

"Kalau dibawa di Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang? 

"Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun - ini Parlimen - dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak.

"Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.

"Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran), orang yang menolak hudud ini adalah zalim.

"Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim," katanya sewaktu berucap dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menegah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi. 

Kazim dalam ceramah sama turut menyindir secara halus perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat (PR) tentang pelaksanaan hudud.

"Dulu depa kata Umno tak sokong.

"La ni Umno angkat tangan Umno juga yang sokong.

"Nak kata apa? Orang yang depa kutuk dulu pula sokong sedangkan yang geng sendiri pula tak sokong," katanya tanpa merujuk secara langsung kepada DAP, PKR atau PAS dalam ucapannya.. sepenuhnya bacalah di SINI


.. Setahu akulah yang menyokong RUU Hudud itu hanyalah UMNO Kelantan.. bukannya UMNO seluruh Malaysia.. UMNO Permatang Pauh pulak tak pernah aku dengar menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan hukum hudud tu..

Jadi bagaimana pula si penyebar hadis palsu menurut Dr. Maza ni boleh kata UMNO sokong hudud?

Jika calon Ahli Parlimen menolak untuk menyokong hukum hudud itu dikatakan sebagai zalim.. yang dah jadi Ahli Parlimen dan Perdana Menteri ni.. bagaimana pulak Kazim?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.