PADA KEBANYAKAN UMAT ISLAM SELALUNYA MUFLIS SIKAP BIJAKSANA, SEPATUTNYA SEBARANG KELUHAN KETIDAK PUASAN HATI PERLU MENGIKUT SALURAN TERTENTU, KERANA SALURAN ITU ADALAH SUATU TATATERTIB, MTAAKHIR INI KITA TELAH DI LANDA SUATU BERITA YANG KABUR DAN MUNGKIN FITNAH, MASALAH PEMECATAN ITU PERLULAH DI CARI SUMBER BERITANYA, ADAKAH SUMBER BERITA ITU SESUATU YANG DI IKTIRAF OLEH PARTI ? ATAU HANYA SESUATU YANG DATANG UNTUK GATAL MULUT, APA YANG PAK KARAMU NAMPAK DI DALAM ISU KABUR TENTANG PEMECATAN DAN RATA-RATA MELAYAN BERITA TERSEBUT, SEJAK BILA AHLI PAS ATAU PARTI MENGAMBIL ATAU MENGIKTIRAF BERITA YANG TIDAK TEPAT SUMBERNYA KEMUDIAN MENJADI VIRAL ATAU MEMBURUKKAN MORAL PARTI, DALAM ISU INI KETUA PEMUDA PERLU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP AHLINYA YANG MEWAR-WARKAN BERITA YANG KABUR - Pak Karamu
Lebai Mercun kini ramai dalam Pas
ALOR SETAR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat,
Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak
mendedahkan terdapat ramai golongan Lebai Mercun dalam Pas.
Leman, yang sebelum ini kecewa selepas segelintir ahli Pas mendesak keahliannya dilucutkan gara-gara lantang bersuara, tetap tidak berganjak dengan pendiriannya menegur untuk kebaikan.
“Kritikan saya ini untuk timbulkan kesedaran supaya pemimpin Pas berubah ke arah kebaikan. Tiada niat memburukkan parti. Seperti saya bangkitkan sebelum ini, termasuk di laman sosial, Lebai Mercun berlambak dalam Pas. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pimpinan parti,” katanya.
Lebai Mercun, katanya, adalah golongan yang dianggap pemimpin atau ustaz dalam parti, pandai bercakap dan berceramah, tetapi tidak pandai buat kerja.
“Ada yang pulang dari Mesir, mengaku ulama hebat, namun mereka tidak menyentuh hati rakyat setempat melalui kerja-kerja kebajikan, selain tidak prihatin dengan masalah rakyat. Sebahagian (mereka) tidak mesra dengan bukan Islam,” katanya.
Menurutnya, disebabkan itu, pemimpin yang dilantik ini hanya pandai bercakap perkara dakwah tanpa menyelami masalah akar umbi.
“Ada juga mengaku ulama, tetapi menggunakan bahasa kasar, lucah dan kurang ajar di mana langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam sedangkan mereka pakai serban dan jubah,” katanya.
Leman berkata, Lebai Mercun ini mudah dikenali, terutama menjelang pilihan raya kerana hanya ketika itu kelibat mereka kelihatan.
“Masa pilihan raya muncul, berkempen berceramah sana sini, selepas itu lenyap. Jika kawasan itu kalah, mereka tidak ambil tahu permasalahan di kawasan sebab (mereka) bukan pemerintah.
"Konsep yang dibawa ini salah. Sepatutnya perlu seimbang antara ceramah politik, agama dan mendekati rakyat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, tidak semua pemimpin parti bersikap begitu.
“Ada ustaz seimbang pendekatannya, rajin turun padang namun dipinggirkan pula. Kami sebagai pendukung parti, nampak apa yang berlaku dalam parti dan cuba menegur secara baik,” katanya.
Leman berkata, golongan itu turut melabel orang lain dengan pelbagai gelaran dan gemar menghentam jemaah sendiri untuk menaikkan populariti mereka, termasuk menghentam rakan pakatan dan bertanding sebagai pimpinan peringkat pusat.
“Sebagai ikon dalam Pas, kami bukan sekadar menghiasi pentas ceramah sebaliknya mempunyai peranan masing-masing, antaranya mendekati golongan muda dan masyarakat. Saya berani menegur demi pengukuhan parti,” katanya.
Leman turut menyifatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin terbaik.
“Kehilangannya amat dirasai. Allahyarham tempat kami mengadu dan salurkan idea. Allahyarham berlapang dada menerima idea kami dan berbincang. Apabila Allahyarham tiada, rasa kami jauh daripada parti,” katanya.
Mengenai kenyataan terbukanya kelmarin, Leman berkata, setakat ini dia belum menerima surat rasmi atau panggilan telefon daripada parti berhubung isu pemecatan yang disebar secara meluas.

3 orang berkata:
Banayk perkara pelik berlaku dalam ketika mana selepas TGNA meninggal dunia dan saudara Anwar Ibrahim ditahan.dan bermulalah satu kejadian yang selam ini tidak pwernah berlaku iaitu Hj Hadi dan kumpulanya tidak lagi dapat mengawal diri dalam apa juga urusan ,samada urusan dengan Pakatan atau juga dengan Pas sendiri,seolah@ Hj Hadi jadi kelamkabut,dari segi perkataan yang keluar dari mulutnya,wajahnya.gerak lingguk badanya semua menjadikan ahli Pas seperti aku keliru ,apakah ini taraf ulamak yang di agungkan selma ini .ITU JE. yang lain kau fikir sendiri,janagn wala memkhizir buta.
berasa diri gah...berasa krn dia berduyun2 org masuk pas...selama ni dia diam membisu x terkeluar satu ayat...bila dh time pemilihan...rasa diri terancam...meroyan2...
AHLI BIJAKSANA PRESIDEN TOLOL
Post a Comment