Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO AKAN BERKUBUR PRU 14

MAHADHIR SUDAH BAYANGKAN BN/UMNO AKAN KALAH PADA PRU 14, INI SEBAB UMNO BANYAK LAKUKAN KESILAPAN, LAGI SEKALI MAHADHIR BUAT SILAP, YANG BUAT SILAP BUKAN UMNO TAPI BANGSA-BANGSA YANG TERDAPAT DI DALAM UMNO, IAITU BANGSA YANG MENDATANG - Pak Karamu
 
Tun M bimbang Umno kalah
  • Mahathir Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan tentang masa depan Umno jika parti itu kalah pada PRU14.

Kebimbangan Dr Mahathir itu disebabkan prestasi buruk Umno sejak 2008 yang memperlihatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu semakin berkurangan terhadap parti berkenaan.

“Saya risau jika Umno kalah, bermakna ini adalah kali terakhir parti itu berada di Malaysia.

“Jika dahulu Umno sebuah parti keramat yang memperjuangkan masa depan orang Melayu dan selalu menang besar pada PRU.

Tetapi sekarang ini, nak dapat majoriti dua pertiga pun tidak sampai,” katanya ketika berucap pada Program Khas Penyatuan Melayu dan Isu Semasa Negara anjuran Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman, di sini.

Menurutnya, teguran yang dibuat terhadap parti itu bukan bertujuan memecahbelahkan ahli Umno sebaliknya memperbaiki kesilapan yang dilakukan.

“Saya masih orang Umno. Saya tidak keluar dari parti. Saya sayangkan Umno dan tidak mahu ia terkubur.

“Jika dahulu kita tukar pemimpin dengan niat menjadikannya lebih baik, namun ia jadi lebih buruk. Macam mana dalam pentadbiran kerajaan boleh berlaku kehilangan wang berjumlah berbilion ringgit. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” jelasnya.

Dr Mahathir turut mengingatkan orang Melayu Islam bersatu bagi menerajui pentadbiran negara.

“Kita (Orang Melayu) adalah bangsa majoriti iaitu sebanyak 61 peratus. Ya, memang majoriti tetapi kita telah berpecah kepada empat mewakili Umno, Pas, PKR dan beberapa parti kecil lain.

“Perpecahan ini sebenarnya tidak menguatkan kita, sebaliknya melemahkan dan kita bukan bangsa majoriti lagi,” katanya.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Telahan Mahathir jauh sangat tersasar. Sekiranya umno berterusan memerintah, bangsa, harta dan agama orang melayu akan pupus dan lenyap. sesiapa pun tidak boleh menafikan kerakusan pemimpn2 umno menggadai dan melenyapkan tanah2 simpanan melayu, merobohkan kampung2 asal melayu, menyamun wang rakyat melayu seperti felda, felcra dan berbagai agensi2 penyamun yang semata2 mahu membuncitkan dan mengeyangkan anak bini, kaunm kerabat dan kroni2. Umno bermegah2 dengan membina reban2 ayam untuk orang melayu yang dinamakan mesra rakyat, sedangkan pemimpin2 nya membina istana2 bertingkat dan kereta2 mewah! Lihat saja Mahathir sendiri dengan empayar anak2nya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.