Jeritan sinis ketika Suhaizan sokong Hadi
- Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menyampaikan ucapan pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia kali ke-56 di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Ucapan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat ketika sesi
membahas laporan tahunan pada muktamar sayap itu lewat malam tadi,
disambut dengan jeritan sinis sebahagian perwakilan yang mengikuti
muktamar itu di bilik lain.
Jeritan-jeritan itu kedengaran apabila Suhaizan yang ketika itu sedang
menjawab pertanyaan dibangkitkan seorang perwakilan dari Bukit Bintang
berkaitan serangan DAP dan PKR terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
Suasana bilik yang menempatkan pemerhati dan petugas media itu kembali
gamat dengan suara-suara tadi yang seolah-olah marah apabila Suhaizan
mengungkit soal 'Umno' yang dipercayai dikaitkan dengan 'sokongan' Abdul
Hadi kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kekal
sebagai Perdana Menteri sebelum ini
"Kita angkat idea-idea Tok Guru (Abdul Hadi)
pandangan-pandangannya...inilah cara kita beri kelebihan kepada Tok
Guru. Kalau kita terlalu betul-betul 'provoc'...sokong sokong
sokong...saya di belakang, kita khuatir reputasi Tok Guru itu akan
terjejas.
"Bukan kerana apa...benda itu macam slogan Umno...'saya sokong Umno'. Rakyat lihat macam sesuatu yang tidak sesuai," katanya.
Sebelum itu, beliau mengulas soal sikap DAP yang menghentam Abdul Hadi
sudah dinyatakan pendirian bahawa tindakan itu tidak boleh diterima.
"...apabila dia (DAP) kata putus hubungan dengan Tok Guru, kita sebut
bahawa itu adalah sesuatu yang tidak wajar. Kita sebagai ahli Pas, tidak
bersetuju dengan apa yang dibuat oleh DAP. Kemudian Lim Guan Eng
baru-baru ini kata, Tok Guru ini pro Umno. Saya kata, kita ini
ditarbiyah oleh Tok Guru...yang dididik oleh Tok Guru, tak boleh terima
perkara ini.
"Saya nyatakan bahawa Guan Eng kena lebih bijak dalam berpolitik.
Bagaimana dia boleh hentam presiden kita? Dalam keadaan yang begitu
sekali, tentunya kita tak boleh terima keadaan tersebut," katanya.
Namun begitu beliau akui ruang untuk perbincangan secara diplomasi masih ada lagi antara kedua parti komponen tersebut.
"Ruang bincang secara diplomasi itu masih ada. Kita masih mengekalkan
kebijaksanaan kerana masih duduk dalam tahaluf siyasi. Kalau dia (DAP)
sudah tidak berada dalam tahaluf siyasi, kita nak hentam ke nak apa
ke...Tapi kita dalam tahaluf siyasi ini, harus bijaksana uruskan.
"...Apabila kita lihat komitmen Tok Guru...Saya beritahu Gobind (Ahli
Parlimen Puchong) 'Tok Guru kalau dari segi rukun Islam, dia tidak akan
berundur. Dia keras. Memang komitmennya tinggi'," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment