TPM disambut dengan laungan 'selamatkan Malaysia'
SEPANG - Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam disambut
laungan "Hidup Tan Sri" dan "Selamatkan Malaysia" oleh penyokongnya,
semalam.
Lebih 100 penyokong Muhyiddin turut menyambut ketibaan beliau di Balai perlepasan pada jam 9.30 malam.
Muhyiddin sebelum ini dilaporkan bercuti di Australia.
Sebaik tiba di Balai Perlepasan, Aras 5, KLIA, Muhyiddin kelihatan tenang dan hanya melemparkan senyuman kepada pihak media.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila video ucapan beliau dalam
satu mesyuarat tertutup bersama kepimpinan politik lain dalam satu
kursus politik yang tersebar di internet.
Dalam video tersebut, beliau menyatakan pendiriannya supaya ahli
lembaga pengarah One Malaysia Development Berhad (1MDB) harus dipecat.
Sementara itu, memetik laporan sebuah portal berita, menteri-menteri
Kabinet telah menghadiri suatu perjumpaan tertutup, dipercayai berhubung
isu 1MDB, di Majestic Hotel, semalam.
Antara menteri yang hadir termasuklah Menteri Kewangan Kedua, Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow
Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek.
Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Dr. Shahidan Kassim; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.
Palanivel dan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.
Laporan itu dipetik, Majestic Hotel, yang juga menyaksikan kehadiran
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk acara yang berlainan,
dikawal ketat oleh pihak polis.
1 orang berkata:
polo ralph lauren
versace jeans
ed hardy
michael kors uk
oakley sunglasses
nike outlet
ray ban sunglasses outlet
polo ralph lauren
jordan shoes
true religion outlet
Post a Comment