30/07/15
IGP: Pasukan petugas akan teliti video bocor
Pasukan
petugas khas yang menyiasat dakwaan berkaitan 1MDB akan meneliti video
bocor Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ditanya sama ada maklumat baru itu akan
dikendalikan oleh pasukan petugas berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar menjawab: "Ya".
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai video tersebut, yang telah tersebar luas.
"Saya tidak akan komen mengenai siasatan ke atas 1MDB kerana sudah ada pasukan petugas yang mengendalikannya.
"Saya tidak akan buat apa-apa komen,"
katanya berulang kali, ketika ditanya sama ada pihak polis akan
menyiasat dakwaan tersebut.
Khalid adalah anggota pasukan petugas
khas itu, yang juga dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.
Dalam klip video selama 57 saat,
Muhyiddin mendakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak
mengakui RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Muhyiddin berkata demikian ketika
bertemu dengan beberapa tetamu di rumahnya pada hari Selasa selepas
Najib menggugurkannya dari kabinet.
0 orang berkata:
Post a Comment