Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sidang khas itu penting bagi Najib menjawab pelbagai dakwaan yang berlegar.
“Sidang khas tersebut boleh menjawab pelbagai dakwaan termasuk membuktikan akauntabiliti perdana menteri dalam isu ini.
“Sementara itu, ia juga boleh memudahkan urusan perjalanan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Jadual rutin mesyuarat Dewan Rakyat pada bulan Oktober akan datang dianggap terlalu lewat,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sidang khas ini wajar diadakan setelah Najib menggugurkan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan membawa masuk Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
“Ini selaras dengan peruntukan Peraturan 11 (3), Peraturan-Peraturan Dewan Rakyat. Perkembangan 1MDB terkini telah menjadi isu politik sehingga menjejaskan kepentingan awam termasuk memburukkan keadaan ekonomi dan melemahkan keyakinan pelabur luar negara.
“Tindakan yang diambil oleh perdana menteri selaku individu penting dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menjejaskan integriti dan pertembungan konflik kepentingan dalam proses siasatan 1MDB,” katanya.
3 orang berkata:
Tak payah kelamkabut.selagai ada hadi dan haron ,dan BN masih memrintah negara Malaysia akan aman ,kah,kah,kah,anak hadi tak payah keluar kenyataan mnegalahkan bapak dia.
Dimuka nya ade tertulis perkataan CAI
Lepas tu buat satu persidangan khas buat bapak dia pulak untuk menentukan sebab- musabab mengapa bapak dia membaruakan golongan ahli progresif serta mewalikan mereka dengan dap.
Kita pun nak tau juga.
Post a Comment