Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEBIH 80% AKAR UMBI PAS SOKONG PIMPINAN YANG ADA

Hadi harap Kabinet baharu Najib adil, telus

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata, adalah terlalu awal bagi Pas untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa Pas Pusat di ibu pejabat Pas di sini.
  
Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.
   
Dalam pada itu, Abdul Hadi mengingatkan semua ahli Pas supaya jangan melibatkan diri dengan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) jika tidak mahu tindakan diambil terhadap mereka selain keanggotaan mereka digugurkan.


"Kita tunggu laporan lengkap daripada negeri-negeri sebelum mengambil tindakan, kita tidak boleh ambil tindakan berdasarkan maklumat yang dilaporkan di media sahaja," katanya.
  
Beliau berkata, pimpinan Pas Pusat yang dipilih pada muktamar parti Jun lepas masih mendapat sokongan akar umbi berdasarkan pertemuan beliau dengan kepimpinan di beberapa negeri.

"Kita mendapat respons yang sangat baik dengan lebih 80 peratus pimpinan akar umbi menyatakan sokongan kepada pimpinan pusat yang ada," katanya. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.