Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Enggan ulas video





Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya tidak akan mengulas mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


"Kita ada Pasukan Petugas Khas yang uruskan. Saya tidak akan buat ulasan," katanya pada sidang media Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan (PKN) Negara Jabatan Siasatan Jenayah di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, hari ini.


Pada majlis penganugerahan itu seramai 262 pegawai dan anggota dianugerahkan pingat PKN. Ia amat bertetapan dengan sambutan Hari Pahlawan yang diadakan hari ini di Dataran Merdeka.


Sebelum sebuah portal melaporkan  video berdurasi sepanjang 53 saat, menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.


Menurut portal berkenaan sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.


Katanya, ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.


Sementara itu, Khalid turut menafikan bahawa pihaknya ada melakukan siasatan ke atas Gabenor Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengenai skandal rasuah seperti tersebar di laman media sosial.


Namun ketika ditanya adalah Zeti sedang disiasat, Khalid hanya menjawab, 'siasatan bukan dipihak mereka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.