Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS akan meneruskan perjuangan melawan Umno

Najib Mengikuti Rapat Taktik Dr Mahathir

Survival politik Datuk Seri Najib Razak terbukti melebihi segalanya.

Kini, ia semakin jelas bahawa Najib sedang meniru satu demi satu langkah teknik survival politik yang ditinggalkan bekas mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mengambil langkah berani membuang Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri setelah Umno menunda pemilihan parti ke 2018.

Di zaman Dr Mahathir, beliau pernah menggantikan tiga timbalannya iaitu Tun Musa Hitam meletak jawatan (1986), Tun Ghafar meletak jawatan (1993) dan akhirnya TPM Dato Seri Anwar dipecat (1998).

Di zaman Dr Mahathir juga, pelbagai skandal kewangan berlaku seperti skandal RM30 bilion tukaran wang asing 1992, skandal MAS, Perwaja dan sebagainya.

Namun, Dr Mahathir kekal sebagai PM selama 22 tahun. Formula Dr Mahathir memang terbukti berjaya.

Cuma Najib perlu ingat, perbezaan ketara zaman Dr Mahathir dan zaman sekarang ialah wujudnya internet. Maklumat hari ini bergerak dengan dahsyat, manakala di zaman Dr Mahathir maklumat dapat dikawal kerana rakyat terpaksa bergantung pada TV dan suratkhabar sahaja.

Beberapa peristiwa penting perlu diberi perhatian selepas ini:

Apakah Peguam Negara yang baru ini boleh bertindak berani mempertahankan siasatan pasukan petugas khas 1MDB dan memastikan Najib dipanggil untuk disoalsiat tanpa pilih kasih?

Apakah Muhyiddin akan selamat sebagai Timbalan Presiden Umno untuk tempoh 48 jam akan datang? Jika tidak, apakah ada pemberontakan daripada Umno Johor, kubu kuat Umno menjelang PRU14?

Apakah ada yang menolak perlantikan terbaru ke kabinet, terutamanya Datuk Seri Nur Jazlan? Tanpa Nur Jazlan di PAC, siapakah pengerusi PAC yang baru? Apakah beliau dapat memberi jaminan tidak tunduk pada tekanan untuk membuang Tony Pua, pengkritik 1MDB sebagai ahli PAC?

Apakah akan ada arahan membatalkan keperluan untuk Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menghadiri persidangan PAC selepas ini?

Bagaimana pula reaksi terhadap nilai Ringgit dan Bursa Malaysia untuk minggu ini?
Dan apakah prospek Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menduduki jawatan Perdana Menteri sekiranya Najib tewas di undi tidak percaya pada sesi parlimen nanti?
Jangan terkejut harga minyak akan jatuh mendadak pada 1 Ogos ini untuk menyedapkan hati rakyat seketika buat barisan kabinet terbaru Najib ini.

Namun, jangan sesekali terpedaya dengan wayang mengalihkan perhatian daripada isu 1MDB. Sesungguhnya kabinet terbaru ini ialah kabinet pro-1MDB.

Apapun, PAS akan meneruskan perjuangan melawan Umno dan kezalimannya terhadap rakyat!

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
28 Julai 2015 | 12 Syawal 1436H

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.