Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADUN PAS PERAK

Pas panggil semua Adun bincang masa depan

Pas panggil semua Adun bincang masa depan
Razman Zakaria
 
IPOH - Semua Adun Pas Perak akan dipanggil dalam mesyuarat harian di peringkat negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan masa depan dan pendirian mereka terhadap parti.
 
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tindakan itu perlu dilakukan supaya pimpinan dan ahli parti dapat mengetahui status sebenar ke semua Adun berkenaan pada ketika ini.
 
“Kelima-lima Adun Pas Perak itu termasuk Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dipanggil dalam mesyuarat harian itu.
 
“Kita perlu tahu pendirian mereka kerana mereka dipilih untuk bertanding pada PRU13 yang lalu atas tiket Pas dan bukan parti lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
 
Selain Mohammad Nizar, empat lagi wakil rakyat Pas yang memenangi kerusi Dun pada PRU13 adalah bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Abu Bakar Hussain (Titi Serong); Radzi Zainon (Sungai Rapat); Husin Din (Selinsing) dan Mohd Zawawi Abu Hassan (Gunung Semanggol).
 
Razman berkata, rakyat mungkin terkeliru sekiranya ada dalam kalangan Adun itu gagal menjelaskan pendirian dan kesetiaan mereka terhadap Pas.
 
“Dan pada masa sama ianya akan membantutkan usaha parti untuk menjalankan kerja-kerja yang membabitkan kepentingan rakyat,” katanya.
 
Mengulas mengenai ahli Pas Perak yang menyertai Harapan Baru, beliau berkata, sebarang tindakan atau hukuman bergantung kepada bidang kuasa Pas Pusat.
 
“Berkenaan sebarang hukuman atau apa jua tindakan, kita kena tunggu mesyuarat Pas Pusat pada 8 Ogos depan dan kita di peringkat negeri tiada bidang kuasa itu,” katanya.
 
Mengulas mengenai PKR, beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Perak bagi mengetahui pendirian dan kerjasama politik antara kedua-dua pihak.
 
“Ia (pertemuan) penting dan membabitkan kerjasama dalam jangka masa panjang setelah PR terkubur,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.