Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAI'AH/ANGKAT SUMPAH

Menteri, Timbalan baharu angkat sumpah jawatan
Menteri, Timbalan baharu angkat sumpah jawatan
 
KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin hari ini mendahului barisan menteri dan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini.

Upacara itu berlangsung di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara pada 10 pagi.

Selepas Hamzah, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mengangkat sumpah jawatan dan taat setia masing-masing.

Mereka kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Upacara itu diteruskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Senator Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan.
 
Bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau tidak hadir pada istiadat itu. Beliau dilaporkan berada di Itali.

Upacara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi timbalan menteri menyusul dengan didahului Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Johari Baharom, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Turut mengangkat sumpah ialah Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Asyraf Wadjdi Dusuki, Timbalan Menteri Pendidikan Senator Chong Sin Woon dan Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ini disusuli olehh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Anak Kujat dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

Semalam, Najib mengumumkan anggota jemaah menteri dan timbalan menteri baharu bagi mewujudkan pasukan Kabinet yang jitu. 

Perdana Menteri berkata beliau yakin Kabinet baharu itu dapat meneruskan hasrat kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan, meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.