KETUA HARAPAN BAHARU ADALAH ORANG PERTAMA BERANI TELANJANGKAN NAJIB DAN SALAH LAKU YANG DILAKUKAN OLEH NAJIB, BELIAU MEMUJI MUHYIDDIN DAN MEMPERSOALKAN PERLANTIKAN ZAHID HAMIDI BUKAN ATAS KEPENTINGAN RAKYAT AKAN TETAPI KEPENTINGAN PRIBADI, ERTINYA ZAHID PERLU DIPERGUNAKAN, KETUA PEMUDA INI JUGA MEMINTA NAJIB BUBARKAN PARLIMEN DAN BERTARUNG DIDALAM PILIHANRAYA, KALAU MACAM PEMUDA GHB PERAK INI SEMUA AHLI HARAPAN BAHARU PASTILAH DAP,PKR DAN HARAPAN BAHARU MENDAPAT KEMENANGAN BESAR PADA PILIHANRAYA KE 14 NANTI, TERUSKAN PERJUANGAN - Pak Karamu
Rombakan Kabinet hanya selesai masalah Najib
IPOH - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merombak
senarai menteri Kabinetnya tidak mampu menyelesaikan permasalahan
negara.
Ketua Pemuda Harapan Baru Perak, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, tindakan tersebut hanya bersifat menyelesaikan masalah peribadi Najib yang semakin terancam apabila terpalit dengan pelbagai isu dan kepincangan dalam pemerintahannya.
Menurutnya, Najib perlu sedar pimpinan Umno dan orang kanan beliau sendiri semakin berani dalam mempertikai serta mempersoal salah laku yang dikaitkan ke atasnya termasuklah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bukanlah atas dasar kepentingan rakyat tetapi lebih kepada peribadi, malah Muhyiddin sebelum ini tidak pernah dipersoalkan akan prestasinya oleh mana-mana pihak.
"Kami sangat kesal kerana Najib hanya mementingkan kepentingan peribadinya berbanding kepentingan rakyat yang kini semakin dihimpit dengan kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Mohd Fakhrulrazi lagi, Pemuda Harapan Baru Perak yakin rombakan yang dilakukan oleh Najib tidak mendapat sokongan daripada rakyat sebaliknya telah memberi gambaran bahawa Najib sanggup membuat apa sahaja demi mempertahankan kedudukannya.
"Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana sedang berhempas pulas menjalani kehidupan dalam keadaan sangat terhimpit dan terbeban.
"Ini disebabkan tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendorong kepada kenaikan hampir ke semua perkara disamping menaikkan harga petrol dan sebagainya, "katanya lagi.
Kata beliau lagi, kerajaan yang ada pada hari ini telah terbukti tidak mampu memperjuangkan nasib rakyat serta menstabilkan ekonomi negara, malah pemimpin termasuklah Perdana Menteri hanya 'bekerja keras' untuk memastikan mereka terus mencengkam pentadbiran negara.
"Kami menegaskan, permasalahan negara dan rakyat hanya mampu diselesaikan dengan pembentukan satu kerajaan baharu kerana BN sudah lagi tidak relevan untuk memimpin negara.
"Kami menolak sekeras-kerasnya tindakan Perdana Menteri ini oleh kerana berpandangan ia dilakukan bukanlah bermatlamat menyelesaikan masalah negara dan rakyat," katanya.
Beliau menambah, oleh yang demikian, Pemuda Harapan Baru Perak mendesak Najib untuk membubarkan Parlimen secepat yang mungkin untuk berhadapan dengan rakyat dalam pertarungan pilihan raya.
"Rakyat sudah tidak sabar untuk menghukum BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," katanya.

1 orang berkata:
nik abduh ada cakap apa2 tak?
Post a Comment