Muhyiddin jawab sebab digugur pagi esok
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin
Yassin akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjawab isu
pengguguran beliau dari Kabinet.
Beliau yang menemui media di kediamannya pada jam 8.25 malam tadi memberitahu tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung pemecatan itu dan meminta semua orang menunggu sidang media yang akan diadakan di kediamannya nanti.
"Terima kasih media kerana menunggu lama, saya tidak akan buat kenyataan lain lagi hari ini (semalam).
"Saya cuma nak maklum esok, jam 11 pagi saya akan adakan sidang media di rumah saya dan sedia menjelaskan apa-apa pertanyaan yang anda semua ajukan nanti," katanya ketika ditemui di kediaman di Bukit Damansara.
Media yang hadir sejak jam 3 petang di kediamannya turut menzahirkan kata-kata semangat susulan pengguguran sebagai orang nombor dua kerajaan.
Kediaman Muhyiddin tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai sebaik pengumuman Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal turut digugurkan dari jawatannya sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

0 orang berkata:
Post a Comment