Penyingkiran Muhyiddin sahkan Umno bergolak
- Butiran
- Diterbitkan: 30 Julai 2015
- Ditulis oleh SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengesahkan Umno di bawah Datuk Seri Najib Razak sedang bergolak.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar
Abdullah berkata sebelum ini hanya terdengar khabar angin sahaja masalah
yang berlaku dalam Umno.
Katanya, PAS tidak berhasrat campur tangan masalah kerajaan yang didokongi Umno.
“Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin perlu
diberi keadilan terhadap isu yang dihadapinya. Perlu dibela bukannya
dipecat begitu sahaja.
“Kita pun tidak pasti apa sebab beliau
dilucutkan dari kabinet, tetapi jika dipecat kerana beliau bersuara
mengenai 1MDB amat tidak wajar,” katanya ditemui media selepas mesyuarat
Exco di sini hari ini (Rabu).
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar
Kelantan berkata PAS menganggap pemecatan itu sebagai tindakan Perdana
Menteri memadamkan isu terbabit.
“Isu-isu panas seperti 1MDB, pemecatan Peguam Negara dan lain-lain antara penyebab kabinet baru dibentuk semalam,” ujarnya.
Kata beliau sepatutnya kerajaan lebih bertanggungjawab kerana isu negara menyentuh kredibiliti pemimpinnya.
Menurutnya juga rombakan kabinet turut
menjejaskan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) kerana sebahagian
ahlinya dilantik sebagai anggota baru kabinet.
Menurutnya, ekoran rombakan kabinet
tersebut tugas PAC sendiri terjejas kerana terpaksa menunggu pelantikkan
baru pada persidangan parlimen.
“Lebih terjejas lagi pemecatan Peguam Negara akan menjejaskan banyak pihak yang terbabit dalam siasatan isu 1MDB.
“Bank Negara, SPRM dan sebagainya semua akan terjejas,” ujarnya.
0 orang berkata:
Post a Comment