Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH DILANTIK KENA BUAT KERJA

Bersedia bantu PM harungi pergolakan global
Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak
 
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan pasukan yang kuat dan berkebolehan bagi membantu beliau melayari Malaysia dalam pergolakan global dan berharap beliau turut mampu menyumbang kepada usaha itu.

"Ini penting agar kita mampu muncul daripada 2020 sebagai sebuah negara yang lebih kuat daripada ramai yang jangkakan," katanya.

Menulis dalam blognya http://sskeruak.blogspot.com/, bekas ketua menteri Sabah ini berkata beliau akan melaksanakan tugasnya sedaya upaya sebagaimana mana yang diharapkan daripadanya.

Beliau berkata beliau akan terus menulis di dalam blog walaupun setelah dilantik sebagai Senator dan anggota Kabinet.

"Saya akan luangkan masa untuk terus melahirkan pandangan dan pendapat saya seperti yang saya lakukan sekarang.   

"Namun sebagai menteri, saya perlu berhati-hati antara melahirkan pandangan peribadi dan kenyataan rasmi dan polisi kerajaan," kata Dr Mohd Salleh.

Najib dalam rombakan Kabinet semalam telah menamakan Dr Mohd Salleh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia, menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang diberi portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dr Mohd Salleh meletak jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menyandang jawatan kementerian persekutuan.
Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Umno Sabah. - Bernama

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.