Hari yang sibuk buat Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai jadual padat
pada hari pertama bertugas sebagai timbalan perdana menteri, bermula
dengan beliau menghadiri majlis angkat sumpah jawatan bagi menteri dan
timbalan menteri baharu di Istana Negara pagi ini.
Pada majlis angkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Ahmad Zahid menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semalam mengumumkan rombakan Kabinet di Putrajaya.
Selepas majlis di Istana Negara di ibu negara, anggota Parlimen Bagan Datoh itu terus ke Putrajaya bagi menghadiri mesyuarat Kabinet dipengerusikan Najib.
Menurut pembantunya, Ahmad Zahid, buat masa ini, akan menjalankan tugasnya dari pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di pusat pentadbiran persekutuan itu.
Rombakan Kabinet menyaksikan pelantikan Ahmad Zahid sebagai timbalan perdana menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Empat menteri lain turut digugurkan dan tujuh menteri baharu dilantik.
Selepas mesyuarat Kabinet, Ahmad Zahid bergegas ke Kementerian Dalam Negeri bagi menghadiri majlis khas yang menghimpunkan warga kerja kementerian bagi meraikan pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri.
Program beliau pada hari ini termasuk majlis Aidilfitri bersama-sama anggota polis dan keluarga mereka di Dewan Serbaguna ibu pejabat polis Desa Tasik di Sungai Besi.
Ahmad Zahid berkata, pelantikan beliau sebagai timbalan perdana menteri bukan satu habuan tetapi tanggungjawab terhadap negara dan seluruh bangsa di Malaysia.
Naib Presiden Umno itu berkata beliau akan menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin mengikut kemampuannya. - Bernama

1 orang berkata:
nike air max 2018
michael kors outlet
adidas nmd r1
adidas nmd
adidas stan smith
longchamp
michael kors outlet
lebron 13 low
prada eyeglasses
reebok outlet
Post a Comment