Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN JUGA DIMETERAI DITEMPAT LAIN

Malaysia tak akan meterai TPP di Hawaii

mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di mesyuarat menteri-menteri di Hawaii bermula 28-31 Julai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.   

Mustapa, yang mengetuai pasukan perunding Malaysia terdiri daripada lebih 20 kementerian dan agensi, berkata: "Permeteraian TPP tidak akan berlaku di Hawaii."

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, seperti Malaysia, setiap anggota TPP perlu melalui proses domestiknya sendiri sebelum keputusan akhir untuk memeterai dan mengesahkan perjanjian dibuat.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPP, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita, termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera, dilindungi dan dipertahankan.

"Objektif kami pada mesyuarat ini adalah untuk memastikan kepentingan dan kebimbangan Malaysia ditangani," katanya.   

Beliau berkata selepas lima tahun, rundingan TPP bakal dimuktamadkan dan pada tahap ini negara-negara perlu membuat keputusan yang sukar.   

"Seperti dalam semua rundingan, keputusan muktamad perlu dibuat," katanya.    

Beliau berkata kerajaan mengambil pendirian tegas dalam TPP, yang mana perlembagaan, kedaulatan dan dasar-dasar teras negara seperti pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan agenda Bumiputera akan dilindungi.   

"Saya menyeru rakyat Malaysia agar berfikiran terbuka tentang TPP. Memahami bahawa walaupun terdapat kos, namun terdapat juga manfaatnya kepada negara," katanya.   

Mustapa berkata, maklum balas daripada semua pihak berkaitan TPP membantu membimbing dan mempengaruhi pendirian rundingannya bagi pelbagai isu yang dibincangkan.   

Beliau berkata, kemudiannya nanti, dokumen akhir bersama dengan dua analisis kos-dan-manfaat akan dibentangkan kepada umum dan Parlimen.   

Keputusan sama ada untuk memeterai atau menolak TPP akan menjadi keputusan bersama rakyat Malaysia, katanya.

Mustapa berkata, TPP tidak menghalang kerajaan daripada meneruskan dan mengawal selia objektif dasar awam yang sah, terutamanya dalam bahagian seperti  keselamatan negara, persekitaran sihat awam dan kebajikan rakyat.   

Dalam pada itu, terdapat beberapa perlindungan yang sedang dirundingkan bagi menangani kebimbangan utama termasuk mengelak cabaran remeh oleh pelabur, katanya.   

"Perlu diketahui bahawa mekanisme Penyelesaian Pertikaian Negara Pelabur (ISDS) bukan suatu yang baharu bagi Malaysia.     

"Kita telahpun mempunyai 74 perjanjian pelaburan dua hala dan lapan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mengandungi peruntukan ISDS," katanya.    

Mengenai pemerolehan kerajaan, Mustapa berkata, Malaysia melindungi keutamaan Bumiputera dengan memastikan keutamaan perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera dikekalkan.   

Mengenai kawalan modal, Malaysia berjaya mempertahankan haknya untuk memastikan terdapat ruang dasar mencukupi bagi mengurangi sebarang kesan negatif  aliran modal dan memelihara kestabilan kewangan dan makroekonomi, katanya.

Beliau berkata satu lagi kebimbangan utama ialah dakwaan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat tinggi akibat daripada perlindungan paten.   

Bagaimanapun, pada hakikatnya, klausa perlindungan paten dalam TPP tidak berbeza daripada peraturan Malaysia sekarang bagi perkara ini, kata Mustapa.   

Malaysia mendapati bahawa TPP menyediakan akses pasaran kepada empat rakan dagangan yang negara tidak mempunyai FTA dengannya - AS, Kanada, Mexico dan Peru, katanya.   

Mengenai Islam, Mustapa memberi jaminan bahawa tidak ada apa dalam TPP yang boleh mengancam kedudukannya sebagai agama rasmi Malaysia dan kerajaan tidak akan membenarkan sebarang FTA yang boleh menjejaskan peruntukan perlembagaan ini.   

Mengenai kebimbangan umum TPP dirundingkan 'secara rahsia', beliau berkata: "Dalam rundingan antarabangsa, teks rundingan biasanya tidak dikeluarkan kepada orang awam. Bagaimanapun, semua isu yang dirundingkan dibincang secara terbuka."   

Beliau berkata rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada teks penuh sekiranya satu persetujuan dicapai. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ini berbunyi mcm satu lg bala yg akan dtg .bala yg dbuat najib n 1msbpun blum selesai lg.hari tu gst umang bukan main bagus n shahdunya kenyataan.sudahnya bagai tercekek rakyat dibuatnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.