PAC boleh lantik Pengerusi baharu sendiri
SHAH ALAM - Prosiding membabitkan isu 1MDB boleh diteruskan walaupun
dengan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk
Nur Jazlan Mohamed dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Pengarah Eksekutif Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), Ooi Heng berkata, berdasarkan peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bawah Peraturan 77 (3), dalam keadaan ketiadaan Pengerusi atau Naib Pengerusi PAC oleh kerana keuzuran atau lain-lain sebab, PAC hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
“Ini bermaksud, prosiding PAC yang diatur pada Ogos membabitkan 1MDB tidak perlu ditangguhkan. Sebaliknya, Naib Pengerusi PAC boleh mempengerusikan mesyuarat PAC mengenai 1MDB akan datang.
“Biarpun naib pengerusi tidak hadir dalam mesyuarat, PAC hanya perlu memilih daripada kalangan ahli PAC untuk meneruskan mesyuarat PAC mengenai 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Nur Jazlan yang menyatakan bahawa semua prosiding yang diatur pada Ogos akan ditangguhkan sehingga ahli baharu PAC dilantik pada sidang Dewan Rakyat akan datang yang dijadualkan pada Oktober.
Menurutnya, peraturan 77 (2) pula menyatakan bahawa PAC hendaklah mengandungi tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada 12 ahli yang akan dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan setiap sidang Parlimen.
“Peruntukan peraturan tersebut bermaksud pelantikan empat ahli PAC ke dalam Kabinet tidak menjejaskan prosiding 1MDB. Asalkan terdapat sekurang-kurangnya enam ahli PAC hadir dalam mesyuarat, prosiding PAC mengenai 1MDB boleh dan wajar diteruskan tanpa lengah,” katanya.

1 orang berkata:
Bagus berita ni apo nak dtangguh nak biar duit menjunam lg.lantik tony pua jd ketuo.apo org umno bleh jd ketuo org lain tak boleh.
Post a Comment