SHAH ALAM - Setiausaha Politik Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini tampil menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik kononnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu melarang ahlinya menyokong undi tidak percaya di Parlimen nanti.
Menurut Dr Ahmad Samsuri, tajuk akhbar itu yang bertarikh hari ini salah dan mengelirukan.
“Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di Parlimen adalah salah satu proses demokrasi.
Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden Pas. Pas akan menelitinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, laporan itu disifatkan berniat jahat dan mempunyai agenda buruk.
“Melainkan akhbar itu berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak akhbar itu meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
“Sekiranya enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam kenyataan itu juga disertakan pautan sesi sidang media yang berlangsung di mana Abdul Hadi diminta memberi respons soal kemungkinan berlakunya undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.
“Itu salah satu proses demokrasi. Biasa dalam amalan demokrasi, boleh dibuat undi kepercayaan dalam Parlimen, melalui Dun. Boleh dibuat dan melalui pilihan raya (juga) boleh dibuat. Itu proses demokrasi,” katanya.
1 orang berkata:
Apa hikmahnya pemecatan TSMY kepada Pas?
Umno kini sama ada percaya atau tidak memang dalam keadaan terdesak. Untuk mengekalkan kuasa disebabkan berkurangnya sokongan dari team TSMY, umno perlu menggantikannya dengan pihak lain. Pas boleh mengambil kesempatan ini kerana kejadian seperti ini jarang benar berlaku dalam umno.
Pas boleh membuat permintaan kpd umno supaya kanun jenayah Islam/ hudud di kelantan di bentangkan di parlimen. Sebagai pertukaran, MP umno mesti menyokong kanun ini supaya dapat dilaksanakan. Sebagai balasannya kepada umno, MP Pas pula akan menyokong umno/ najib. Ini dipanggil win win situation demi Islam. Jika ini berlaku maka Umno/ Najib akan terus mengekalkan kuasa dan sokongan daripada orang Melayu akan bertambah 100%. PKR dan GHB pula akan dipulaukan oleh orang Melayu dengan alasan tidak menyokong hudud dan akhirnya terkubur. Confirm!! Ambillah peluang ini demi agama, bangsa dan tanah air.
Post a Comment