Gugur TPM: Muhyiddin tanya, Najib hanya angguk
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
hari ini mendedahkan telah mengetahui pengguguran jawatannya sebelum
pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Menurutnya, ketika diminta kepastian tentang penggugurannya, Najib hanya mengangguk.
"Beliau (Najib) beritahu (pengguguran Muhyiddin) selepas perbincangan
dan berikan pandangan serta pendapat beliau dan saya juga jelaskan
apa-apa yang patut saya jelaskan.
"Kemudian saya tanya, apa tujuan saya dijemput, adakah ada kaitan dengan rombakan jemaah menteri? Beliau mengangguk.
"Kemudian saya tanya, adakah 'you' nak cakap apa-apa dengan saya, dia
rasa susah nak cakap. Adakah bermakna nama saya tidak tersenarai?
Apabila dia mengangguk, saya kata terima kasih," katanya pada sidang
media di kediamannya, di sini hari ini.
0 orang berkata:
Post a Comment