Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AZMIN DAH MULA SMASH DARI BALIK TABIR

PKR sedia kerjasama dengan semua pihak kukuh PR

Harapan Baru

SHAH ALAM - PKR enggan menyatakan pendirian secara rasmi sama ada parti itu menyokong Pas atau Harapan Baru dalam membentuk gabungan baharu PR di Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebaliknya menegaskan pihaknya bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha mengukuhkan pakatan pembangkang.


"Kenapa perlu fokus kepada Pas dan Harapan Baru. Kita ada kumpulan progresif lain seperti Ikram (Pertubuhan Ikram Malaysia), DAP, Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan Bersih (Gabungan Pilihan raya Adil dan Bersih).


"Saya menyokong seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan usaha untuk melaksanakan reformasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, hari ini.


Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor ditanya mengenai pendirian PKR terhadap Pas dan Harapan Baru dalam membentuk gabungan baharu PR di negeri itu.


Ini berikutan pengumuman bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu baru-baru ini mengenai penubuhan Harapam  yang didukung oleh pemimpin-pemimpin kanan Pas yang gagal dalam pemilihan parti itu bulan lepas.


Harapan Baru, yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti Pas dalam gabungan baharu pembangkang.


PR dikatakan terbubar selepas DAP dan Pas memutuskan hubungan.


Rakan kongsi ketiga dalam gabungan pembangkang itu ialah PKR. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.