Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA PROTES HARI SABTU ?

KPN beri amaran penganjur protes Sabtu ini

Khalid Abu Bakar
Khalid (dua,kanan) melawat gerai makanan sempena Sambutan Aidilfitri Polis DiRaja Malaysia peringkat negeri di Ibu Pejabat Kotinjen (IPK) Selangor hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada penganjur protes yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu ini supaya jangan menggugat keselamatan negara.
  
Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang dengan mengajak rakyat ke jalanan untuk menjatuhkan kerajaan sepertimana yang dimahu dicapai oleh penganjur protes itu.
  
Khalid berkata, maklumat mengenai protes itu yang tersebar menerusi media sosial juga akan disiasat pihaknya dan mengingatkan penganjur supaya segera menafikan perkara tersebut jika ia tidak benar.
  
"Kita ada undang-undang dan bukan boleh buat sebarangan untuk jatuhkan kerajaan. Kita ada cara ikut perlembagaan untuk tukar kerajaan, itu peringatan saya yang terakhir," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Selangor di sini, hari ini.

Beliau mengulas penyebaran maklumat berhubung protes itu yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.
  
Khalid berkata, sekiranya penganjur protes itu masih tidak mahu bertanggungjawab tentang penyebaran maklumat mengenainya, siasatan akan dijalankan dan mereka bakal berdepan tindakan tegas oleh polis.

Katanya, sebarang perhimpunan di negara ini boleh dianjurkan namun mereka mesti patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.
  
Sebuah portal berita semalam menerbitkan satu kenyataan media sebuah kumpulan menamakan diri mereka sebagai 'Demi Malaysia' yang dikatakan bertanggunjawab menganjurkan protes tersebut. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.