Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kabinet Najib: MCA dapat lebih kerusi

Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Rombakan Kabinet hari ini memberikan tambahan jawatan menteri kepada MCA dan berkurangan satu jawatan bagi MIC.
MCA juga mendapat satu lagi jawatan timbalan menteri.
  
Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Ong Ka Chuan dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua manakala Ketua Pemuda, Chong Sin Woon dilantik Timbalan Menteri Pendidikan.
  
Sebelum pelantikan ini, Ka Chuan yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung Malim pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari Mac 2008 hingga April 2009 semasa di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
  
Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel digugurkan, menjadikan  Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam satu-satunya wakil MIC dalam barisan Kabinet yang baharu.
 
Dengan perkembangan terbaru ini, pentadbiran Najib kini mempunyai tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri daripada MCA.
  
Mereka ialah presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) dan timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), dan Ong.
  
Dua lagi timbalan menteri daripada MCA, selain Sin Woon ialah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong.
  
Sementara itu, Tiong Lai mengucapkan terima kasih atas pelantikan seorang lagi menteri penuh dan seorang timbalan menteri dalam kalangan kepimpinan MCA.
  
"Daripada persepsi MCA, pelantikan itu telah memenuhi kriteria dan kehendak masyarakat Cina di negara ini kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Pendidikan mempunyai hubung kait dengan mereka.
  
"Dengan pelantikan ini juga, MCA akan terus komited memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memastikan pembangunan dan transformasi kerajaan dicapai," katanya dalam entri bahasa Mandarin menerusi laman sosial Facebooknya hari ini. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.