Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

IZUDDIN SHAH BANGGA

Budak Sekolah Izuddin Shah jadi Timbalan Perdana Menteri. 

Zahid-Hamidi 

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang politik selain berpengalaman luas dalam bidang perniagaan perbankan.

   

Beliau, yang turut kekal sebagai Menteri Dalam Negeri dalam barisan Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Abdul Razak yang diumumkan hari ini, telah juga menyandang beberapa jawatan lain dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

   

Berkelulusan PhD-Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Zahid, 62, anak kelahiran Bagan Datoh, Perak, mula menjadi anggota Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2008-2009) semasa pentadbiran Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

   

Beliau kemudian menyandang jawatan Menteri Pertahanan (2009-2013) sebelum bertukar ke portfolio sekarang sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 16 Mei 2013.

   

Sebelum menjadi anggota kabinet, beliau pernah berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada tahun 2004 dan Timbalan Menteri Penerangan (2006-2008).

   

Hubungan kerja antara Ahmad Zahid dengan Najib telah agak lama terjalin kerana beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Najib semasa Perdana Menteri pada ketika itu menjadi Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan (kesemuanya dari 1987-1993).

   

Sebelum daripada itu beliau telah dilantik sebagai anggota Dewan Negara selama satu penggal dari tahun 1991 hingga 1994.

   

Beliau mula bergiat aktif dalam politik apabila dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno bahagian Bagan Datoh pada 1984 dan dari sini, beliau terus mendaki tangga dalam perjuangan politik Umno peringkat nasional sehingga berjaya terpilih sebagai Ketua Pemuda  Umno Malaysia (1996-1999).

   

Kerjaya politik beliau kian menyinar apabila terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno selama dua penggal iaitu bagi 2000-2003 dan 2004-2007.

   

Ahmad Zahid dipilih sebagai seorang daripada tiga Naib Presiden Umno selama dua penggal iaitu pada 2008-2011 dan 2013-2016.     

   

Pada PRU13 yang lalu, beliau telah mengekalkan kerusi Parlimen Bagan Datoh untuk penggal kelima selepas menewaskan Madhi Hasan (PKR) dengan majoriti 2,108 undi. Dr Ahmad Ahmad Zahid memperoleh 17,176 undi.

   

Beliau telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh sejak 1995 dan mengekalkan jawatan itu sehingga sekarang.

   

Sebelum menceburi bidang politik, Ahmad Zahid pernah menceburi sektor perbankan dan berkhidmat di beberapa bank seperti OCBC sebagai pegawai bank (1976-1977), di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penolong pengurus (1977-1979) dan di Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebagai pengurus pemasaran Amanah Saham Nasional (ASN) (1979-1984).

   

Pengalaman luas beliau dalam bidang perbankan itu telah kemudian membawa beliau dilantik sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dari tahun 1994 hingga 1999  dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2000.

   

Ahmad Zahid mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai, Rungkup sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang.    

   

Beliau kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1976.

   

Ahmad Zahid memperoleh ijazah Sarjana Sains (Komunikasi Korporat) pada tahun 2000 dan kemudiannya ijazah doktor falsafah PhD-Komunikasi dari UPM.

   

Hasil perkongsian hidupnya dengan Datin Seri Hamidah Khamis, 60, mereka dikurniakan dua puteri Nurulhidayah, Nurulizawani dan tiga putera, Ahmad Khairul Hafies, Ahmad Syafiq Hazieq, Ahmad Asyraf Arief. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.