Mahkamah arah Rafizi bela diri
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diperintah bela diri
oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebentar tadi atas tuduhan mengaibkan
dan membangkitkan kemarahan ahli Umno melalui kenyataannya dalam satu
artikel Februari lepas.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Azwarnida Affandi selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mohd Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan kepada ahli Umno melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk 'Will Rafizi quit if Selangor is not toppled?' yang boleh menjejaskan keamanan awam.
Rafizi yang ketika itu sebagai Pengarah Strategik PKR didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada 11.40 pagi, 4 Februari lepas.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Seramai tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sep

0 orang berkata:
Post a Comment