Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SPRM JATUHKAN KERAJAAN ???


SPRM
SPRM
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pegawai-pegawai kanan suruhanjaya itu terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan.

SPRM dalam satu kenyataan menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak benar dan tidak berasas. “Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, segala tindakan yang diambil pegawai-pegawai SPRM adalah telah melalui Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa ‘fear or favour’ dan tanpa mengira siapa yang terlibat. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya menegaskan bahawa SPRM tidak terlibat dalam siasatan 1MDB dan hanya menguruskan kes SRC International Sdn Bhd.

“Ini adalah keputusan yang telah dicapai oleh Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh Ketua Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu Peguam Negara.‎

“Dalam kes SRC International Sdn Bhd, sama ada dengan atau tanpa Pasukan Petugas Khas, setelah ketiadaan Tan Sri Abdul Gani, SPRM memberi jaminan bahawa siasatan ke atas SRC International akan diteruskan sehingga siasatan lengkap sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk  kajian dan keputusan.

“Bagi melengkapkan siasatan SRC International Sdn Bhd, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.‎ SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.