Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIDAK WAJAR SINGKIR KERANA 1MDB ?

Tidak wajar singkir Muhyiddin kerana 1MDB
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
 
ALOR SETAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar dilucutkan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika kelantangannya terhadap isu 1MDB dijadikan ukuran.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, semua pemimpin layak menyuarakan pandangan masing-masing terhadap isu berbangkit.

“Situasi sekarang, rakyat tertanya-tanya kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan drastik dengan menyingkirkan Muhyiddin.

“Sedangkan banyak lagi isu yang perlu diselesaikan bersama melibatkan 1MDB, GST dan peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Menurut beliau, Najib perlu memperjelaskan tindakannya itu kepada semua rakyat terutama ahli Umno yang memberi kepercayaan terhadap gandingan mereka untuk memimpin negara ini.

“Jika penyingkiran itu disebabkan kenyataan isu 1MDB, pada saya ia tidak patut dilakukan apatah lagi ia dibuat begitu cepat ketika mesyuarat Umno bahagian sedang berlangsung. Ia boleh dianggap tindakan tidak demokratik.

“Perdana Menteri harus memberi jawapan kepada persoalan itu secara terbuka dan jelas untuk pengetahuan bersama semua rakyat,” katanya.

Md Shukri berkata, pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu bukan persoalan utama tetapi yang dipertikaikan ialah penyingkiran Muhyiddin.

“Jika terdapat konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, maka Najib perlu buktikan dakwaan itu terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

“Pada saya keputusan penyingkiran Muhyiddin hanya akan menambahkan lagi ‘perencah politik’ di negara ini,” katanya.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa UUM itu turut berpandangan tindakan Muhyiddin melontarkan isu semasa adalah bertepatan pada masanya.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.