Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KESAN KABINET BARU


MB Negeri Sembilan nafi suaranya jadi viral audio

Mohamad Hasan
SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan rakaman audio yang mula tersebar malam tadi berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah suaranya.

Menerusi kenyataan media, Mohamad menegaskan yang dia tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio terbabit, apatah lagi dengan pengakuan individu di dalam video berkenaan.


“Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.


“Pihak yang buat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin lain, baik di dalam parti Umno mahukan kerajaan,” katanya.


Sehubungan itu beliau menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan fitnah tersebut.


Rakaman video tersebut yang berdurasi 1.54 minit itu  mula tersebar malam tadi dan Mohamad dikatakan menggesa pihak polis menangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dikatakan terlibat dalam skandal 1DMB.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.