Sampaikan mesej perjuangan Islam dibawa PAS
- Butiran
- Diterbitkan: 01 Julai 2015
- Ditulis oleh Izwan Abdul Halim
KEPALA BATAS :
Seluruh ahli PAS perlu berperanan sebagai agen parti yang gigih membawa
mesej dakwah dan penerangan PAS dalam memperjuangkan Islam hingga
akhirnya diterima oleh masyarakat, demikian seru Ketua Penerangan PAS
Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Katanya, masalah dihadapi
sebalik perkara tersebut apabila maklumat tidak sampai dan salah lapor
oleh khususnya media baharu yang sememangnya mempunyai agenda
tersembunyi melalui laporan dan cara melaporkan.
“Mereka yang menggunakan media
baharu untuk memesongkan pemikiran masyarakat kita. Di luar sana ada
‘Warlord’ yang merancang dan mengatur strategi untuk menguasai suasana
supaya masyarakat mengambil maklumat secara salah,” terangnya pada
ceramah di Markas PAS Negeri Pulau Pinang, Pongsu Seribu di sini 27 Jun
lalu.
Beliau mengemukakan contoh
berkaitan ucapannya pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 lalu yang
diputar belit kononnya mahu menyerang DAP dengan siku dan lutut.
Jelasnya, siku dan lutut itu
hanyalah simbolik kepada kesediaan untuk mempertahankan diri dan bukan
berhasrat menyerang mana-mana pihak.
“Saya kata tolonglah jangan
hina PAS, jangan persenda Islam diperjuangkan oleh PAS, jangan perlekeh
gerakan Islam didokong oleh PAS ini. Kerana kami dari Dewan Ulamak,
walaupun rata-rata nampak memakai jubah dan serban, tetapi dalam jubah
itu ada siku dan lutut.
“Kami ada siku dan lutut yang
boleh digunakan untuk mepertahankan Islam apabila Islam dipersenda,
kepimpinannya diperlekeh, tak kan kami nak berpeluh tubuh? Tiba-tiba
keluar di media (menyatakan) PAS mahu ajar DAP dengan siku dan lutut
menggunakan ayat menyerang. Itu satu contoh putar belit,” luahnya kesal.
Ustaz Nasrudin seterusnya
memetik hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Jangan kamu bercita-cita mencari
musuh, sebaliknya mintalah dari Allah pemeliharaan. Namun seandainya
kamu bertemu musuh, pertingkatkanlah kesabaran kamu. Ketahuilah
sesuangguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang.”
Jelasnya, Nabi mengguna pedang
tidak siku dan lutut, namun membawa mesej sama iaitu Islam mesti
dipertahankan dan tidak membiarkannya diherdik atau dipandang rendah.
Tegas beliau, perjaungan silam ada izzah kerana para pejuangnya adalah golongan yang dimuliakan dengan Islam.
Oleh itu, ahli PAS mestilah
tidak merasa ragu untuk bercakap mengenai Islam, tidak rasa terbeban
menyampaikan Islam serta tidak merasa kerdil dan hina untuk menjulang
panji perjuangan Islam.
Menurut beliau, bersama
komitmen dinyatakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
PAS akan mengadakan jelajah ke negeri-negeri seluruh negara bagi beri
penjelasan yang betul mengenai perjuangan Islam di bawa PAS.
Tegas Ustaz Nasrudin, PAS
tidak membawa permusuhan, sebaliknya hadir sebagai harapan kepada
masyarakat serta untuk memimpin kepada masa depan yang baik bersama
Islam agar selamat di dunia dan di akhirat.
Manakala katanya, bagi mereka
yang tidak bersedia menerima Islam, sekurang-kurangnya mereka tidak
menentang Islam apabila dapat memahami bahawa Islam dibawa PAS adalah
perjuangan suci untuk memastikan masyarakat bebas dari cengkaman
jahiliyyah dan kezaliman pemerintahan tidak berteraskan Islam.
Tanpa menafikan bahawa
mutakhir ini PAS berhadapan banyak mehnah dan ibtila’, namun jelasnya,
perkara itu semua telah menjadi sunnatullah perjuangan Islam.
“Perlu yakin, bahawa semua itu
pasti akan memantap dan mengukuhkan lagi perjuangan jamaah kita. Paling
penting kita kena bersabar dan beristiqamah. Jangan cepat kecewa kerana
tidak ada istilah kecewa dalam kamus perjuangan.
“Kitalah yang akan terus
membawa bahtera penyelamat ini, namanya Islam. Yakinlah, pertolongan
Allah itu sangat hampir dan Allah tahu bilakah jadual kemenangan itu,”
ujarnya membangunkan motivasi.
1 orang berkata:
Kebanyakan media baru yang suka memutarbelitkan kenyataan Pas serta menyindir apa jua kenyataan pemimpin2 Pas adalah dikelolakan oleh puak2 yang kononnya pro-pembangkang, Blogger2 inilah sebenarnya petualang2 yang mengaku beragama islam tetapu sanfat benci dengan para ulamak dan hukum Allah. Mereka adalah jenis munafik yang lebih selesa berdamping dengan puak kafir dari mempercayaai ulamak. Adakah mereka berkarya atas upahan dari pembenci2 islam? Yang jeliknya, kebanyakan bloger tersebut mengutip berita2 sampah di tepi2 longkang dan diedarkan utuk tatapan puak2 yg jahil bagi menambahkan kebencian terhadap Pas dan ulamak.
Post a Comment