Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tiga sahabat berdepan tali gantung
  • tali gantung
1 / 1
KOTA BHARU – Tiga sahabat berdepan hukuman mati mandatori selepas dihadapkan atas tuduhan mengedar 400 gram dadah jenis metamphetamine di mahkamah majistret, di sini, hari ini.
 
Tertuduh, Azizul Hakim Ariffin; Mohamad Shabudin Yusoff dan Muhammad Syafiq Abd Razak kesemuanya masing-masing 22 tahun didakwa di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.
 
Mereka didakwa secara bersama-sama mengedar dadah berkenaan di sebuah kondominium Panji, di sini, pada jam 5.50 pagi, 18 Jun tahun lalu.
 
Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati mandatori mengikut peruntukkan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.  
 
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan. Pada prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan.
 
Pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes dan tiada jaminan dicadangkan kepada ketiga-tiga mereka.
 
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Ogos depan.
 
Dalam serbuan lalu, mereka ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, dan menemui dadah itu di dalam kondominium tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.