OOOOOO, DI TK INTAN PERAK, MAK UMNO, ANAK DAP, NASIB BAIK PEH TAK MACAM UMNO ! - Pak Karamu
Najib tanya, nak Umno atau DAP?
KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran
bahawa sekiranya bukan Umno memerintah negara, tanah air ini bakal
jatuh ke tangan DAP.
Menurutnya, di negara ini hanya dua sahaja pilihan yang ada untuk rakyat Malaysia iaitu Umno atau DAP.
"Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua
pilihan sahaja, sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang
dipimpin atau didominasi oleh DAP.
"Maksud saya, seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan
diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak
perjuangan Melayu serta Bumiputera," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden
pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, masa depan anak-anak bangsa bakal diperjudi apabila DAP memerintah negara.
Sebelum itu dalam ucapan sama beliau berkata, rakyat sering
dimomok-momokkan oleh parti pembangkang, kononnya mereka alternatif
untuk menggantikan kerajaan.
"Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP, cuba ‘menguasai’ parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya.
Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh
talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan,
tak tahulah pula talak berapa nak pakai nanti," katanya.
Tambahnya, "nak berpakat pun payah, jadi macam mana nak perintah negara?"
Sehubungan itu, beliau menyeru agar ahli Umno dan orang Melayu
berjaga-jaga dan berwaspada, jangan sampai tersilap langkah hingga
terjun ke dalam perangkap ini.
2 orang berkata:
Pak karamu pun dah bodo jugak. Tak kan pak karamu tak tau, jumlah kerusi pas bertanding lebih byk drp kerusi dap tanding? Klu dap menang 100% pun tak mungkin dap bole perintah negara.
Org bodo mcm pak karamu ngan tuang presdeng aje senang kena kencing najib.
Tu lah jadinya bila dah berkawan dgn UMNO BN semua jadi BODOH.
Post a Comment