Pas: Ada parti lain mahu sertai gabungan
KOTA BHARU - Pas tidak menolak kemungkinan akan ada parti yang menyertai gabungan pakatan antara Pas dan PKR kelak.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan kemungkinan
ada parti lain yang sedang dalam proses perbincangan untuk menyertai
gabungan dua parti itu.
“Setakat ini dari segi politik, hubungan Pas hanya dengan PKR,
bagaimanapun mungkin ada parti lain yang sedang dalam proses
perbincangan dan bergantung pada perkembangan seterusnya,” katanya
selepas Mesyuarat Mingguan Exco, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang sebelum ini
membayangkan dua pakatan pembangkang akan bertanding pada PRU14
berikutan keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP,
PKR dan Amanah.
Mengulas kenyataan itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar
Kelantan berkata, Pas hanya bekerjasama dengan PKR dan persoalan dua
kelompok parti pembangkang hanya ditentukan apabila tibanya pilihan
raya.
“Itu saya tak pastilah, cuma Pas, kita tetap dengan PKR sebagaimana yang kita persetujui, yang lain kita tak tahu
“Bagaimanapun, keadaan yang dilalui hari ini sama seperti ketika zaman
Tengku Razaleigh Hamzah, ketika beliau bersama Semangat 46 dan menjalin
hubungan dengan DAP, malah dalam masa sama di Kelantan, beliau
bekerjasama dengan Pas,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas dakwaan Pas terlibat militan IS dan gerakan
pengganas lain, Mohd Amar berkata, tuduhan itu melampau dan tidak
sepatutnya dijadikan isu.
“Bila kita bercerai jangan buruk-burukkan bekas isteri, ia amalan yang tidak baik,” katanya.
1 orang berkata:
Pas tak untung klu join pkr.
Lebih baik pas join umno. Nik amar boleh jadi mb.
Post a Comment