Sokong Tun M: Zaid didakwa di mahkamah hari ini
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid
Ibrahim akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, susulan
ucapannya dalam laman blognya pada 2 September lalu.
Beliau didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Zaid dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam, bagi diambil keterangan dan gambar blog mengandungi ucapan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Zaid Ibrahim disiasat mengikut Akta Hasutan ]
“Saya bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kita dalam negara demokrasi mesti ada hak menyuarakan pandangan bagi kebaikan negara,” katanya di luar IPD Dang Wangi di sini, semalam.
Beliau hadir ke IPD Dang Wangi kira-kira jam 2.15 petang bersama dua peguam.
Ucapan Zaid itu dimuat naik dalam blognya www.zaid.my bertajuk Rally Behind Tun Mahathir Mohammad.
November lalu, Zaid disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung ucapannya dipercayai menyokong Mahathir dan gesa Najib letak jawatan.
0 orang berkata:
Post a Comment