Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP JUGA ADA KAWAN HEBAT IAIATU AMANAHI

DAP 'panas' dengan kerjasama Pas-Umno
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
 
KUALA LUMPUR - Kritikan DAP di media sosial terhadap pertemuan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak ‎dalam Multaqa Serantau  Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 ‎semalam ternyata membuatkan DAP tidak senang duduk. 
 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kritikan  itu jelas menunjukkan DAP  kurang senang dengan perkara yang melibatkan permuafakatan antara dua parti besar Islam ini.

"Hendak tahu ukurannya berjaya atau tidak kita tengok bagaimana maklum balas ataupun telahan dan kritikan daripada mereka yang mungkin kurang senang dengan Multaqa ini.

"Semalam saya perhatikan di Twitter dan di media sosial terutamanya daripada pihak DAP atau pemimpin tertingginya Lim Guang Eng memberikan kritikan terhadap Multaqa ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Hotel Grand Seasons hari ini.


Terdahulu, Lim Guang Eng dalam Twitternya menafikan bahawa beliau ada menulis mengenai 'Pas bersama Umno, kerana mendapat sebahagian duit derma RM2.6 bilion'.

Guan Eng berkata, tweet itu palsu, dan satu laporan polis telah dibuat.

Isu kerjasama antara Umno dan Pas semakin hangat diperkatakan selepas Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, menghulurkan 'tali silaturahim' kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

Pelawaan itu dibuat ketika beliau berucap menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, minggu lalu.

Najib dalam ucapannya itu turut melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas 'disepak dan diterajang keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Isu itu menunjukkan perkembangan yang positif apabila Najib dipertemukan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar, semalam.

Najib dijemput untuk merasmikan majlis berkenaan, manakala Hadi pula dijemput untuk menyampaikan ucaptama.

Malah, Najib dalam ucapan perasmian majlis itu semalam sekali lagi mengajak Pas untuk bergabung bersama Umno, dengan mengambil sepotong ayat Al-Quran sebagai rujukan untuk mewujudkan usaha ke arah penyatuan dua parti politik berkenaan.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Memang la orang sakit hati sebab sebelum ni orang meletakkan harapan pada parti islam ni untuk heret dan sumbat penyamun dan penindas rakyat ke penjara. Kalau nak harapkan institusi islam bukan politik, takda satu pun yang boleh pakai.. mufti pun kebanyakannya menjaga perut dan bawah perut diorang je, satu teguran pada kerajaan pun payah nak buat. Jadi orang letakkan harapan pada parti yang kononnya islam yang membawa prinsip islam, alih-alih boleh pulak nak bercomolot dengan penyamun, penzalim, penindas, toghut (parti ni yang cakap dulu2). Masalahnya bukan parti tu je yang dilihat mandul oleh orang islam dan bukan islam tetapi nama islam juga diheret sama.

Anonymous said...

Setuju

Unknown said...

cheap jordan shoes
ugg outlet uk
mulberry uk
true religion outlet
coach outlet store
mont blanc pens
tory burch sale
rolex watches outlet
louis vuitton handbags outlet
lululemon uk
burberry outlet online
christian louboutin outlet
fitflops clearance
michael kors handbags
tommy hilfiger
oakley sunglasses
chanel outlet store
calvin klein outlet
coach handbags outlet
true religion uk outlet
0125minko

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.