DAP 'panas' dengan kerjasama Pas-Umno
KUALA LUMPUR - Kritikan DAP di media sosial terhadap pertemuan Presiden
Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib
Abdul Razak dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015
semalam ternyata membuatkan DAP tidak senang duduk.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi
Dusuki berkata, kritikan itu jelas menunjukkan DAP kurang senang
dengan perkara yang melibatkan permuafakatan antara dua parti besar
Islam ini.
"Hendak tahu ukurannya berjaya atau tidak kita tengok bagaimana maklum
balas ataupun telahan dan kritikan daripada mereka yang mungkin kurang
senang dengan Multaqa ini.
"Semalam saya perhatikan di Twitter dan di media sosial terutamanya
daripada pihak DAP atau pemimpin tertingginya Lim Guang Eng memberikan
kritikan terhadap Multaqa ini," katanya ketika menyampaikan ucapan
penutup di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, di Hotel
Grand Seasons hari ini.
Terdahulu, Lim Guang Eng dalam Twitternya menafikan bahawa beliau ada
menulis mengenai 'Pas bersama Umno, kerana mendapat sebahagian duit
derma RM2.6 bilion'.
Guan Eng berkata, tweet itu palsu, dan satu laporan polis telah dibuat.
Isu kerjasama antara Umno dan Pas semakin hangat diperkatakan selepas
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, menghulurkan 'tali silaturahim'
kepada parti Islam itu untuk sama-sama membina dan membangunkan negara
ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Pelawaan itu dibuat ketika beliau berucap menyampaikan ucapan dasar sempena perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, minggu lalu.
Najib dalam ucapannya itu turut melahirkan rasa gembiranya kerana Pas
tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas 'disepak dan diterajang
keluar' oleh rakan-rakan pembangkangnya.
Isu itu menunjukkan perkembangan yang positif apabila Najib
dipertemukan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam
majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar, semalam.
Najib dijemput untuk merasmikan majlis berkenaan, manakala Hadi pula dijemput untuk menyampaikan ucaptama.
Malah, Najib dalam ucapan perasmian majlis itu semalam sekali lagi
mengajak Pas untuk bergabung bersama Umno, dengan mengambil sepotong
ayat Al-Quran sebagai rujukan untuk mewujudkan usaha ke arah penyatuan
dua parti politik berkenaan.
3 orang berkata:
Memang la orang sakit hati sebab sebelum ni orang meletakkan harapan pada parti islam ni untuk heret dan sumbat penyamun dan penindas rakyat ke penjara. Kalau nak harapkan institusi islam bukan politik, takda satu pun yang boleh pakai.. mufti pun kebanyakannya menjaga perut dan bawah perut diorang je, satu teguran pada kerajaan pun payah nak buat. Jadi orang letakkan harapan pada parti yang kononnya islam yang membawa prinsip islam, alih-alih boleh pulak nak bercomolot dengan penyamun, penzalim, penindas, toghut (parti ni yang cakap dulu2). Masalahnya bukan parti tu je yang dilihat mandul oleh orang islam dan bukan islam tetapi nama islam juga diheret sama.
Setuju
cheap jordan shoes
ugg outlet uk
mulberry uk
true religion outlet
coach outlet store
mont blanc pens
tory burch sale
rolex watches outlet
louis vuitton handbags outlet
lululemon uk
burberry outlet online
christian louboutin outlet
fitflops clearance
michael kors handbags
tommy hilfiger
oakley sunglasses
chanel outlet store
calvin klein outlet
coach handbags outlet
true religion uk outlet
0125minko
Post a Comment