Najib, Muhyiddin hadir mesyuarat MT Umno
KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato' Onn, di sini malam
ini.
Najib yang juga Perdana Menteri, tiba pada 8.22 malam, diikuti Naib
Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dua minit selepas itu, dan
Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira lima minit
kemudian.
Ahli MT yang lain termasuk dua lagi naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tiba lebih awal.
[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin ke PWTC, sah hadir mesyuarat MT
Secara tradisinya, mesyuarat MT itu diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sebelum ini, Ahmad Zahid berkata mesyuarat kali ini akan membincangkan persiapan akhir Perhimpunan Agung Umno 2015. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment