Presiden PAS Menyertai Himpunan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
- Butiran
- Diterbitkan: 09 Disember 2015
- Ditulis oleh Dewan Ulama PAS pusat
Presiden PAS Menyertai Himpunan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Oleh mediaDUPP
QATAR: PAS menyertai Himpunan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia ke-3 yang berlangsung di Doha, Qatar, 6 Disember.
PAS diwakili oleh Tuan Guru Presdien, Haji Abdul Hadi Awang, Ketua
Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib
dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Faiz Nawi.
Himpunan tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Antara program yang telah dijalankan Kesatuan Islam Ulamak Sedunia
seperti simposium dengan kerjasama Dewan Asia Persekutuan dan Majlis
Penasihat Persatuan Ulama Islam daripada pertubuhan Islam untuk
mempertahankan Sheikh Malaysia Yusuf al-Qaradawi.
Himpunan Perpaduan Ummah diadakan di Masjid Rusila, Terengganu yang
menghimpunkan pelbagai wakil pimpinan Islam seluruh dunia bawah seliaan
PAS .
Begitu juga, perhimpunan aman di luar bangunan Kedutaan Amerika
Syarikat di Kuala Lumpur bagi membantah pencerobohan ke atas rakyat
Palestin turut diadakan dengan membawa slogan " Save Aqsa".
Menurut Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz
Muhammad Ismi Mat Taib, penyertaan PAS dalam perhimpunan kali ini
memberikan peluang besar kepada PAS melontarkan pandangan melalui
Presiden PAS yang merupakan Naib Presiden kesatuan Ulamak Islam Sedunia.
Jelasnya, PAS optimis dalam menyertai himpunan seumpama ini kerana
ruang menimba pengalaman dari neraga Islam lain juga dapat dimanfaatkan
kepada PAS untuk dilaksanakan di Malaysia.
Sehubungan itu, PAS tidak ketinggalan mengetahui isu-isu umat Islam
seluruh dunia bahkan komited memberikan solusi demi kebaikan bersama.
"Beberapa persidangan, sesi meja bulat dan lawatan ke negara Islam telah disusun dan akan diteruskan pada masa akan datang.
"Program yang telah dianjurkan oleh Kesatuan Ulamak Islam Sedunia
merangkumi segala aspek demi memenuhi segala keperluan umat Islam,"
ujarnya.
0 orang berkata:
Post a Comment