Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEPERCAYAAN BERAGAMA DIPERLECEH, UMAT ISLAM MELOPONG

Friday, December 4, 2015

Jururawat Dakwa Dibuang Kerja Kerana Berpakaian Menutup Aurat

Hanya kerana menutup aurat seorang jururawat melalui tekanan emosi dari majikannya dan akhirkan ditamatkan kerja.

Itulah keperitan yang dilalui oleh Naziah Sauni Samat, 24, yang bekerja di sebuah hospital swasta di ibu kota selama dia berkhidmat di pusat rawatan itu sejak September lalu.

Naziah ketika ditemui di Astro AWANI Jumaat mengakui dia menyedari bahawa pakaian seragam hospital itu adalah berlengan pendek.

Dia sendiri telah memberitahu pegawai kanan hospital itu bahawa dia tidak menerima tawaran pekerjaan di situ sekiranya tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang.

"Semasa menjahit pakaian seragam berlengan panjang itu, Jabatan Sumber Manusia hospital itu melarang saya dari berbuat demikian namun saya memberitahu mereka tentang kebenaran yang diperoleh dari pegawai kanan di situ.

"Dua bulan selepas baju seragam saya siap, segala masalah bermula. Pihak Sumber Manusia telah menyuruh saya memotong lengan pakaian seragam itu. Saya mengadu kepada pegawai kanan yang sama.

"Saya terkejut apabila dia berkata tidak pernah memberi kebenaran memakai pakaian seragam lengan pendek," katanya.

Naziah turut mengaku yang dia mengalami tekanan emosi apabila dia dianggap berdegil kerana tidak mematuhi arahan hospital. Sehubungan dengan itu, dia telah disuruh balik selepas tiba di hospital untuk bertugas.

Akibat tertekan, wanita ini membuat keputusan untuk tidak pergi kerja selama tiga hari.

Namun, Naziah mengubah fikirannya dan membuat keputusan untuk akur dengan kehendak majikannya. Lengan pakaian seragamnya dipotong dan memakai stokin lengan berwarna kulit.

"Saya diarahkan menanggalkan stokin lengan tersebut dan diberitahu jika tidak, saya tidak dibenarkan bekerja. Saya tidak menanggalkan stokin lengan itu. Majikan kemudian mengarahkan saya supaya datang bekerja hanya selepas saya mematuhi etika pemakaian hospital itu.

“Tidak lama selepas itu, saya diberitau bahawa saya telah diberhentikan kerja dengan alasan saya tidak hadir bertugas tanpa sebab,” katanya.

Naziah turut mendapatkan bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mengadakan perbincangan dengan wakil hospital itu.

Selepas perbincangan itu, pihak hospital telah membuat laporan polis mengenainya.

Tidak berapa lama kemudian, Naziah membuat laporan polis.

Dalam laporan itu, wakil hospital menyatakan bahawa kakitangan Islam hospital itu harus berpakaian seragam seluar panjang, kemeja pendek dan anak tudung dan ini tidak dibantah oleh mana-mana kementarian dari kerajaan sehingga hari ini.

Laporan itu turut berkata, ini adalah ‘standard dress code’ untuk setiap kakitangan hospital itu. Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara ini tidak harus berlaku.

“Di Malaysia, amalan beragama dibenarkan dan sesiapa pun boleh mengamalkan kepercayaan mereka. Kita rasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini.

“Jika ia berterusan, ia tidak menggalakkan perpaduan. Pihak kami menggesa Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan JAKIM mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya dalam setahun, PPIM biasanya menerima lebih 20 kes yang jatuh dalam golongan diskriminasi agama.

Buat masa ini, Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan reaksi hospital swasta itu.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Hospital swasta mana tu? Tgk pengarah2 dia islam ker kapir? Kalau kapir aku sikit pun tak heran sbb dah nama pun kapir.... Tapi kalu Islam, taubat la cepat2 sebelum mampooss.

pak sudaryono said...

Sebelum saya ceritrakan kisah hudupku terlebih dahulu perkenalkan nama saya Pak,JUNAIDI. Dari,MEDANG. saya hanya ingin berbagi ceritah dengan kalian semua para penggilah togel, awalnya itu saya hanya kuli bagunan,punya anak dua,dan istri saya hanya penjual syayur keliling dikampung kami , ekonomi kami sangat pas-pasan, hutan tambah numpuk, anak saya juga butuh biaya sekolah,hidup ini bener-bener susah.Tapi akhirnya ada teman saya yang bilang bila mau merubah nasib Seperti Saya coba hubungi nomor hp AKI SOLEH JAFFAR katanya dia bisa membantu orang yang lagi susah. jadi saya lansung hubungi dan saya menceritakan semuanya, tentang keluarga kami akhirnya saya di kasih angka ghaib [4d,] sudah 3x putaran tembus,dengan adanya AKI SOLEH JAFFAR saya sekeluarga bersukur semua utang saya lunas bahkan sekarang saya sudah buka usaha. silahkan anda buktikan sendiri insya allah anda tidak akan kecewa dari angka ghaib AKI SOLEH JAFFAR bagi yang berminat hubungi AKI SOLEH JAFFAR di nomor ini: 0853 7778 3331 atau silahkan dan saya sudah buktikan sendiri angka ghaib hasil ritual dari beliau Ternyata Bener Terbukti Hasilnya terima kasih.atau klik KLIK TOGEL LISTA MANIA

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Macam mana nak bela Islam jika ramai pemimpin Islam sendiri tidak hadir di parlimen untuk membahaskan usul atau menolak sebarang usul yang tidak adil? Sendirilah fikirkan setiap wakil yang dilantik oleh rakyat bertanggungjawab untuk rakyat yang melantik bukan ambil gaji pergi melancung dan berseminar di luar negara.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.