Bukit Aman tidak nyatakan kesalahan Tian Chua
KUALA LUMPUR - Peguam, R Sivarasah mendakwa pihak polis Bukit Aman yang
merakamkan keterangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini tidak
menyatakan jenis kesalahan yang dilakukan anak guamnya itu.
Beliau berkata, Tian Chua tidak disabitkan dalam mana-mana akta
siasatan jenayah dan ia sekadar di peringkat kertas siasatan polis
sahaja.
"Bila kita tanya apakah kesalahan yang disiasat, mereka tak boleh
jawab, dengan terang-terang tiada unsur jenayah seperti yang disebut
oleh Menteri Dalam Negeri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"YB Tian Chua tiada masalah untuk beri apa-apa maklumat," katanya
kepada pemberita selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan
kepada ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Tian Chua selaku Naib Presiden PKR hari ini diminta hadir ke Bukit Aman
bagi merakamkan percakapan berhubung siasatan isu pertemuan Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan Puteri Sulu, Jacel
H.Kiram di Filipina, baru-baru ini.
Tian Chua tiba di luar pekarangan Bukit Aman kira-kira jam 11.30 pagi
dan keterangannya yang diambil oleh Asisten Superitendan Muniandy
bermula jam 11.40 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari.
Sementara itu Tian Chua berkata, keterangan beliau diambil berikutan
lebih 90 laporan polis telah dibuat ke atas Nurul Izzah dan beliau
sendiri oleh penyokong BN.
"Tiada apa-apa dakwaan atau tuduhan terhadap YB Nurul Izzah atau saya.
"Setakat ini, polis tidak mengesan apa-apa unsur jenayah dalam perbuatan kita," jelasnya.
Ditanya tentang tindakan susulan pihak polis terhadapnya, beliau berkata pihaknya tidak dimaklumkan perkara tersebut.
"Kita menegaskan kita tidak terlibat dalam menentukan senarai tetamu
yang hadir atau penganjuran makan malam itu atau perjalanan itu.
"Kita bukan penganjur, kita hanya memenuhi undangan pihak Filipina," katanya lagi.
2 orang berkata:
Surat ulana terkenal dunia yg hadi cakap tu mana? Kelentong yekk?
Komen kamu mcm tengah korek taik hidung je. Pengotor!!
Post a Comment