Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

macam nak jadi nampaknya, hudud macam mana ?

Kerjasama Umno, Pas diputuskan pucuk pimpinan
Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
 
KOTA BHARU - Hubungan kerjasama yang dihulurkan Umno kepada Pas akan dibincangkan dan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti (Pas), kata Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob hari ini. 
 
Ahmad berkata, kerjasama antara parti ini adalah perkara besar serta melibatkan dua dasar parti yang berlainan dan perlu juga dibawa ke muktamar Pas.

"Kerjasama dari segi politik, saya tidak boleh komen kerana ini mesti mari (datang) daripada pucuk pimpinan (Pas).

"Bagaimana pun saya mengharapkan dari segi kesedaran masyarakat Islam dan orang Melayu di negara ini mestilah semakin baik terutama untuk meletakkan Islam di tahap yang tertinggi dalam semua perkara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Wakaf Baharu, Tumpat.

Ahmad diminta mengulas tawaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini yang menghulurkan "tali silaturahim" kepada Pas untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno hulur tangan kepada Pas]

Najib, yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas "disepak dan diterajang keluar" oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Najib berkata demikian dalam ucapan dasarnya semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata hubungan kerjasama antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan adalah baik dan sedang dipertingkatkan lagi.

"Kerjasama telah wujud sejak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan, sekarang ini saya meningkatkan lagi kerjasama tersebut," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata penjelasan berhubung tawaran jalinan kerjasama daripada Umno itu akan dibuat oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Hanya Presiden yang akan membuat kenyataan berhubung perkara ini...kerana kita tidak mahu timbul sebarang kekeliruan," katanya. - Bernama

6 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Inilah yang dinantikan oleh pemimpin PAS sekarang, semoga berjaya.

Anonymous said...

Bekerjasamalah kamu dgn umno. Berhududlah kamu dgn umno.
Biarlah kami mengundur diri.

Anonymous said...

Tak UG, kesian kat najib sbb najib dah hulur tangan. UG takut walaon lari kat amanah.

Pening kepala tn haji Dol.

Anonymous said...

Klu pas nak tengok najib kekal sbg PM, pas kenalah bekerjasama dgn umno. Ahli2 pas kenalah berkorban sikit. Tak kan lah ahli2 pas tak kesian kat pm kita suami isteri.

Anonymous said...

Pas arah semua ahli tidak keluar apa2 kenyataan tentang kenyataan PM hulur salam perpaduan UG.

Betullah apa yg hussam cakap. Makhluk UG memang benar2 wujud. Patutlah dulu TGNA marah kat orang2 tu.....rupanya betul.

Oh kenderaan ku said...

Pada akhir zaman ini, pemimpin zalim , korup, pentingkan diri, dàn lain2 kebanyakan yg menjurus ciri negatif yg dipraktikkan, lebih2 lagi pemimpin ini dikelilingi juga si penjilat tegar yg lebih kurang sàma kehendak mereka. Harta menjadi keutamaan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.